Motosikal

LAMBRETTA X300 CASA, TERPALING ‘LIMITED’ – 99 UNIT DI MALAYSIA HABIS DIJUAL

Jika Ducati lawannya Aprilia, Honda lawannya Yamaha dan Proton lawannya Perodua maka Vespa lawannya adalah Lambretta. 

Meskipun tidak sepopular namun jenama motosikal Itali yang telah bertapak di pasaran global sejak 1947 itu ternyata memiliki aura tersendiri. 

Terbaru, Bike Continent Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama Lambretta di Malaysia telah pun lancar model edisi terhad menerusi Lambretta X300 Casa. 

Menurut Lambretta, hanya 999 unit X300 Casa dihasilkan untuk pasaran dunia namun Malaysia bertuah kerana 99 daripadanya ditawarkan disini. Namun begitu, kesemua 99 unit telah pun habis dijual. 

Menariknya, X300 Casa ini tiada harga rasmi sebaliknya dijual berdasarkan permintaan pasaran. Untuk rekod, tawaran tertinggi diterima bagi model ini di Malaysia adalah RM48,000. 

Membezakan X300 Casa dengan model asas adalah penghadang angin, spoiler dan pelindung lengan, suspensi gentian karbon, grafik istimewa dan tayar Pirelli. 

Menggerakan X300 Casa adalah enjin satu silinder 275cc yang mampu menjana 25.1hp pada 8,250rpm dan 24.5Nm pada 6,250rpm. Perincian lain disenaraikan termasuk tangki 7.5L, meter TFT, ABS dan cakera brek depan dan belakang. 

Google ads
Back to top button