Motosikal

CFMOTO KEMAS KINI 450 MT BAGI TAHUN 2026 – 44HP, 44NM

CFMOTO telah pun mengemas kini model popular, CFMoto 450 MT bagi tahun 2026 yang kini hadir dengan dua warna baharu. 

Motosikal segmen adventure kelas 450cc itu merupakan antara model paling popular di pasaran global ekoran menawarkan ciri yang banyak pada harga yang mampu milik. 

Bagi tahun 2026, 450 MT kini hadir dengan warna Zephyr Blue yang tampil dengan gabungan warna dan grafik baharu serta Nebula Black menggantikan Tundra Grey sebelum ini. 

Selain itu, tiada perubahan pada ruangan enjin yang masih kekal dengan 44hp pada 8,500rpm dan 44Nm pada 6,250rpm yang dihasilkan enjin parallel-twin 449cc DOHC dengan 270-degree crankshaft. 

Keupayaan lasak juga dikekalkan dengan casis 450 MT ini dipadankan bersama fork jenis USD boleh laras dari KYB serta penyerap hentak KYB di belakang dengan pelarasan pra-beban. Masing-masing menawarkan jarak pergerakan 200mm. 

Antara perincian lain ditawarkan termasuk:

  • ketinggian tempat duduk 820mm (boleh direndahkan kepada 800mm)
  • rim 21-inci depan dan 18-inci belakang
  • pemijak kaki besi dan getah
  • traction control dari Bosch
  • ABS dwi-saluran dari Bosch
  • skrin TFT
  • tangki 17.5L
  • pengecas Type-C dan Type-A
  • penghadang angin boleh laras
  • cermin sisi boleh lipat

GALERI: CFMOTO 450 MT 2026

Google ads
Back to top button