Motosikal

RASMI: KOVE 800X GT TIBA DI MALAYSIA – 97HP, RM48,888

Bagi yang mencari motosikal adventure-tourer dengan harga berpatutan mungkin boleh pertimbangkan tawaran terbaru KOVE Moto menerusi KOVE 800X GT yang boleh didapati dengan harga RM48,888. 

Atas kertas, 800X GT ini dikuasakan enjin parallel-twin 799cc DOHC yang berupaya menjana 97hp pada 9,000rpm dan 80Nm pada 7,500rpm. Untuk makluman, platform diguna pakai adalah sama yang terdapat pada KTM 790. 

Motosikal yang memfokuskan keupayaan adventure ini menawarkan empat mod menunggang terdiri dari Sport, Comfort, Rain dan Off-Road. 

Pakej suspensi terdiri dari fork USD 49mm dari KYB dengan fungsi pra-beban (preload) dan dipadankan bersama steering damper. Monoshock belakang juga menawarkan pelarasan pra-beban. Sementara itu, brek pula menggun pakai cakera brek berkembar dengan brek piston di hadapan dan satu piston di belakang. Masing-masing dilengkapi dengan ABS secara standard. 

KOVE 800X GT ini menawarkan rim berukuran 19-inci depan dan 17-inci dibelakang yang dipadankan bersama tayar CST 110/80 depan dan 150/70 belakang. Untuk rekod, versi yang lebih lasak, 800X menawarkan 21-inci depan dan 18-inci belakang namun varian ini akan diperkenalkan kemudian. 

Antara elektronik ditawarkan termasuk:

  • traction control
  • pemanas pelana (heated seat)
  • pemanas grip (heated grip)
  • USB Type-A, Type-C

Motosikal ini hanyalah seberat 195kg dengan tangki 22L isian penuh sementara ketinggian tempat duduk diletakkan pada 826mm. 

GALERI: KOVE 800X GT

Google ads
Back to top button