Motosikal

RASMI: INDIAN MOTORCYCLE KINI DI MALAYSIA OLEH SPIRIT LAKE MOTOR

Spirit Lake Motor Sdn Bhd menerusi AFY Mobility Industries (AMI) dengan rasminya diumumkan sebagai pengedar rasmi jenama Indian Motorcycle di Malaysia. 

Pengumuman rasmi itu dibuat sewaktu sesi pelancaran khas yang berlangsung di Petaling Jaya, pada Sabtu. Ketika itu, pihak Spirit Lake Motor turut mempamerkan beberapa model baharu yang akan ditawarkan di Malaysia termasuk empat dari keluarga Scout menerusi Scout (standard), Scout Bobber Twenty, Scout Rogue, dan Scout Bobber selain Chieftain Dark Horse.

Menariknya, Spirit Lake Motor menawarkan perkhidmatan yang menyeluruh selaku pengedar rasmi termasuk khidmat pelanggan, servis selepas jualan, alat ganti, bantuan teknikal, perlindungan waranti dan aksesori rasmi.

AMI dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa orang ramai kini boleh mengunjungi pusat pameran AMI di Jalan PJ222, Petaling Jaya bagi menyaksikan beberapa model baharu Indian Motorcycle antaranya Indian Scout ABS Icon, Scout Bobber ABS dan Scout Rouge ABS. 

Pihak Spirit Lake Motor selaku anak syarikat AMI juga telah pun mempamerkan tiga motosikal Indian sewaktu di Malaysia Autoshow 2025 bulan lalu.

Pengumuman itu turut menyaksikan AMI memperkembangkan portfolio sedia ada yang kini terdiri dari Suzuki, MV Agusta, Kove, Fantic, Bottechia, MODA dan AFAZ. 

Google ads
Back to top button