" "
Motosikal

RASMI: MODA SPORTER S KINI DI MALAYSIA – RM17,888

AFY Mobility Industries (AMI) dengan rasminya melancarkan jenama baharu untuk pasaran tempatan menerusi MODA Sporter S yang akan bersaing dalam segmen skuter maxi 250cc di Malaysia. 

MODA Sporter S merupakan skuter maxi bersesaran 250cc serba baharu yang diperkenalkan di Malaysia dan dijenamakan semula dari Wottan Storm-R 300. 

Atas kertas, Sporter S dipacu enjin (Euro4) satu silinder SOHC 244cc dengan sistem suntikan bahan api Bosch EFi dan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24.8hp pada 8,500rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm. Ini bermakna, Sporter S ini lebih berkuasa berbanding Yamaha XMax 250 yang menawarkan 23hp dan 24.3Nm. 

Sporter S ini bukan sahaja menawarkan reka bentuk moden malah turut dilengkapi dengan ciri terkini termasuk skrin TFT, sistem keyless, ABS (boleh dipadamkan) dan traction control. Untuk rekod, skrin TFT tersebut boleh dipadankan dengan telefon pintar menerusi aplikasi Carbit Ride. 

Skuter maxi ini juga menawarkan ciri praktikal termasuk tangki bahan api berkapasiti 13L, storan bawah tempat duduk 10L yang boleh memuatkan dua helmet, penghadang angin boleh laras dan lampu LED. 

Menurut MODA, Sporter S ini menawarkan jarak kelegaan tanah sekitar 165mm dan berat 186kg. 

Bagi paaran tempatan, MODA Sporter S ini hadir dengan dua warna pilihan; Sporty Red dan Meteor Grey dengan masing-masing dijual pada harga RM17,888. 

GALERI: MODA SPORTER S

Google ads
Back to top button