Motosikal

KOVE MALAYSIA SERTAI ASIA CROSS COUNTRY RALLY 2024 DENGAN 450 RALLY

KOVE Malaysia dengan rasminya memperkenalkan pasukan KOVE Malaysia Racing Team bagi saingan Asia Cross Country Rally (ACXR) 2024 yang akan berlangsung di Thailand pada 12 hingga 17 Ogos ini. 

KOVE Malaysia mempertaruhkan gandingan pelumba enduro Hazim Hayazi dan jentera Kove 450 Rally dalam perlumbaan yang memakan jarak lebih 2,000km. 

Meskipun masih muda namun Hazim memiliki pengalaman luas di pentas perlumbaan motosikal lasak kerana turun selaku juara kategori Kelas C di GIVI Rimba Raid 2023 dan juara ‘King of Royal Rumble’ di Royal Rumble Hard Enduro Rider 2023. 

Sementara itu, Kove 450 Rally yang diguna pakai telah dinaik taraf dengan kit perlumbaan yang mirip dengan jentera beraksi di Rali Dakar. Turut menemai Hazim adalah dua juruteknik muda dari bahagian teknikal KOVE Racing Team. 

Untuk rekod, AXCR merupakan perlumbaan lasak yang diiktiraf FIM sekaligus diangkat sebagai antara saingan motosikal lasak berprestij di pentas antarabangsa. 

AXCR 2024 bakal menyaksikan perlumbaan membuka tirai di Surat Thani dan berakhir di Kanchanaburi. 

Google ads
Back to top button