Buletin

RASMI: SYM HUSKY ADV 150 DILANCARKAN – DARI RM9,888

MForce Bike Holdings dengan rasminya melancarkan SYM Husky ADV 150 baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM9,888 bagi versi standard dan RM10,298 bagi versi SE. 

Untuk rekod, Husky ADV 150 ini menawarkan 14.5hp dan 14.5Nm daripada enjin satu silinder 150cc SOHC dengan sistem penyejukan cecair. 

Meskipun bersesaran 150cc namun Husky ADV 150 ini hadir dengan ciri terkini dan premium termasuk sistem ‘traction control’ dan ABS dwi-saluran yang didatangkan secara standard. 

Turut disertakan adalah panel meter TFT berwarna yang jelas, fork depan jenis teleskopik, single-sided swingarm dan sistem tanpa kunci (keyless). 

Turut mencuri tumpuan adalah kapasiti tangki bahan api yang boleh memuatkan 15L petrol sekaligus menjaminkan penjimatan minyak yang efisien. 

Untuk pasaran tempatan, SYM Husky ADV 150 ini hadir dengan empat warna pilihan, Wolf Grey (SE), Matte Green (SE), Pure White (Standard) dan Ebony Black (Standard). 

GALERI: SYM HUSKY ADV 150

Google ads
Back to top button