Buletin

RASMI: SYM MAXSYM TL508 LANCAR DI MALAYSIA – 47HP, RM46,888

MForce Bike Holdings bakal dengan rasminya memperkenalkan model premium terbaru dari jenama SYM. 

Model dimaksudkan itu merupakan skuter maxi 500cc SYM TL508 generasi terbaru yang merupakan pengganti kepada TL500 yang pernah diperkenalkan di Malaysia sekitar April 2020.

Perubahan terbesar yang dilaksanakan pada Maxsym generasi terbaru memfokuskan pada bahagian enjin parallel-twin DOHC yang telah dinaik taraf dari  465cc kepada 508cc. 

Kapasiti enjin yang dipertingkat itu menyaksikan Maxsym TL508 menawarkan 45hp dan 50Nm berbanding 40hp dan 42.5Nm sebelum ini. 

Menariknya, enjin terbaru itu juga menawarkan pembakaran lebih efisien di samping mencapai standard Euro 5 terbaru. 

Bagaimanapun, TL508 generasi terbaru ini masih lagi mengekalkan rupa bentuk dan panel badan sama termasuk pembahagian berat 50/50 seperti model sebelumnya. 

Jarak antara tayar yang pendek bersama penyerap hentak jenis ‘single-sided multi-link’ juga memastikan tahap kawalan yang tinggi. 

Ciri lain dikekalkan termasuk fork depan jenis USD (upside/down) dengan ciri ‘triple clamp’ dengan swingarm aluminium manakala pakej brek pula merangkumi kaliper brek 4-pot depan dengan cakera 275mm yang dibantu kawalan ABS. 

Menurut MForce, SYM TL508 dijual pada harga bawah RM46,888. Harga tersebut secara tak langsung meletakkan TL508 sebagai pilihan lebih ‘mampu milik’ berbanding Kymco AK550 (RM65.6k) dan Yamaha TMAX 560 (RM74k). 

Google ads
Back to top button