Artikel Pilihan

HYUNDAI BANGUNKAN ENJIN BARU, 2.3L TURBO. 390 KUASA KUDA

Apabila satu jenama automotif ingin membangunkan kualiti produk mereka, salah satu cara mudah yang boleh dibuat ialah dengan membabitkan diri dalam aktiviti sukan permotoran. Sebagai contoh Gazoo Racing terlibat dalam aktiviti sukan perlumbaan lasak 24 jam dan perlumbaan rali berjaya menghasilkan kereta homolgasi untuk dijual kepada pasaran terbuka

Langkah ini turut diambil oleh Hyundai menerusi N Divisyen yang terlibat secara aktif dalam sukan World Rally Championship WRC. Hasilnya kita boleh melihat produk-produk Hyundai dengan logo N yang ditala mengikut pengetahuan Hyundai dalam aktiviti perlumbaan. Bagi pemilik Hyundai, mereka merasakan jentera mereka ditala dengan baik dan mampu menampung lebih banyak kuasa

Dalam diam-diam Hyundai menerusi N divisyen sedang membangunkan enjin baru yang dikatakan berkongsi teknologi terutama dalam rekaan kepala silinder dan blok silinder yang memiliki ketegaran yang sama seperti digunakan dalam perlumbaan WRC

Pada bulan April 2020, satu gambar risikan berjaya dirakam dimana sebuah jentera prototaip Hyundai dengan kod tulisan MR23T berjaya dirakam di atas sebuah lori tunda. Jadi kita boleh teka jentera berkenaan merupakan sebuah projek ujian Hyundai enjin tengah pacuan roda belakang dengan enjin bersaiz 2300cc turbo dengan teknologi suntikan bahan api terus

Jika enjin 2000cc yang digunakan pada model N siri sekarang menghasilkan sekitar 271 kuasa kuda, enjin 2300cc turbo ini diberitakan akan menghasilkan sekitar 312 kuasa kuda. Tambah menarik lagi ialah pada bulan May 2019 Hyundai/Kia telah melabur sebanyak 90 juta Euro dalam syarikat supercar Rimac bagi membangunkan teknologi motor dan komponen bateri

Jadi jika difaktorkan dengan konsep hibrid dengan motor elektrik dan sistem bateri yang dibekalkan oleh Rimac sebesar 80 kuasa kuda, gabungan sistem ini berupaya menjana sehingga 390 kuasa kuda. Enjin ini bakal digunakan pada model-model terbaru divisi N seperti i-30N dan juga Veloster yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2022/2023

Google ads
Back to top button