Buletin

SALAH MASUK LORONG, NISSAN MICRA TERSANGKUT DI LORONG SEMPIT

Memandu di lokasi baharu boleh menimbulkan tekanan, terutamanya ketika sedang bercuti. Tidak mengetahui jalan raya atau papan tanda membawa kepada kekeliruan dan lebih malang, menyebabkan kemalangan.  

Perkara ini terjadi kepada seorang pelancong di Mesaria, Greece, apabila kereta Nissan Micra miliknya tersangkut di sebuah lorong sempit.

Insiden tersebut turut disiarkan di halaman Facebook kerajaan tempatan dengan memberi amaran kepada orang ramai bahawa kereta berkenaan tidak akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Di Eropah, terutamanya bandar lama, tidak direka untuk memuatkan kereta, di mana kebanyakannya dibina dengan lorong begitu sempit. Melihat lebih jelas insiden terbabit, Nissan Micra generasi keempat itu hanya berukuran kira-kira 66-inci lebar.

Menerusi paparan gambar, pengguna kereta tersebut mungkin terpaksa merangkak keluar dari pintu belakang dan tidak mustahil di bahagian sisi kereta terdapat calar begitu teruk. Kerosakan lain bagaimanapun, masih belum dikenal pasti.

Menurut laman web Santorini Secrets, ini bukan kali pertama kereta tersangkut di lorong, kerana beberapa tahun lalu, kejadian serupa juga berlaku di kawasan yang sama.

Google ads
Back to top button