Buletin

SENGAJA PARKIR DI TENGAH JALAN DI KLIA, PEMANDU TENANG HISAP ROKOK SAMBIL MEMERHATI KESESAKAN

Pelawak dan pelakon terkenal, Harith Iskandar, baru-baru ini berkongsi satu video yang terjadi di KLIA, di mana sebuah Perodua Bezza diletakkan di tengah-tengah laluan untuk mengambil penumpang.

“Anugerah ‘Anda tahu anda berada di Malaysia’ diberikan kepada pemilik Perodua Bezza ini yang meletakkan keretanya di tengah-tengah lorong ambil penumpang di balai ketibaan KLIA,” ciap Harith di Twitter.

“Lebih teruk lagi pemandu berkenaan berdiri di seberang jalan sambil menghisap rokok di kawasan larangan dan cuma memerhatikan kesesakan akibat daripada sikapnya itu,” katanya lagi.

Tindakan pemandu Bezza itu nyata mengundang kecaman netizen dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

“Orang Malaysia ‘terlalu baik’ sehingga tidak mahu membunyikan hon sebagai tanda kereta berkenaan bersalah sehingga menyusahkan pengguna laluan berkenaan,” ciap seorang pengguna di Twitter.

“Kat malaysia ni patut tegas lah. Kasi tarik je kereta menyusahkan manusia macam ni. Kat dalam KL tu belambak syaithon macam ni,”

Komen lain, “Perokok seolah ada keistimewaan. Tiada apa lebih penting daripada ‘satu pam saja lagi’.

Video berkenaan bagaimanapun mendapat perhatian pihak lapangan terbangan dan memohon maaf atas kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas kepada pengguna lain.

Tindakan pemandu berkenaan telah dilaporkan kepada pihak polis yang menjaga laluan trafik di KLIA. – The Rakyat Post

Google ads
Back to top button