EMPAT MODEL TESLA PALING KERAP DIPANGGIL SEMULA, TOYOTA PALING SEDIKIT
Menurut kajian oleh iSeeCars baru-baru ini, Tesla adalah jenama kereta yang paling banyak dipanggil semula.
Berdasarkan carta, Model 3, Model Y, Model S serta Model X berada di kedudukan empat daripada lima teratas, diikuti oleh Porsche (empat model). Sementara jenama seperti Lexus, Mercedes-Benz dan Toyota muncul paling sedikit dalam senarai penarikan balik.
Mengukuhkan lagi kajian, iSeeCars merujuk senarai panggilan semula Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) dari 2014 hingga 2023 untuk menyusun senarainya.
“Melihat melalui data penarikan balik NHTSA mengesahkan aktiviti penarikan semula antara model yang paling banyak dan paling kurang dipanggil semula. Sebuah kereta seperti Lexus NX 300h atau Nissan 370Z sekurang-kurangnya mempunyai satu panggilan balik sepanjang tempoh 30 tahun.
“Kesemua empat model Tesla, Porsche, dan dua Volkswagen, diunjurkan mempunyai antara 20 hingga 62 panggilan semula.” Memetik kenyataan iSeeCars.
Antara punca permasalahan hingga perlu panggilan semula bagi jenama Tesla adalah kemas kini perisian, stereng dan masalah brek manakala Porsche pula berkenaan masalah enjin serta suspensi.
Dari data berkenaan, jelas sekali, ini adalah sesuatu perlu dipertimbangkan oleh pembeli kereta baharu semasa membeli kenderaan.