TESLA TERBAKAR SEMASA DICAS – BUKAN BERPUNCA DARIPADA BATERI
Sebuah Tesla Model 3 telah terbakar semasa sedang dicas semula. Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah pasaraya di Greek. Macam biasa bila sebuah EV terbakar ramai ‘pakar-pakar’ dalam talian akan berbincang dan membuat rumusan. Apa pun kebakaran kali ini bukannya berpunca dari pek bateri EV itu sendiri.
Insiden ini berlaku pada 22 September lalu di Agia Paraskevi di luar bandar Athens. Sebuah Tesla Model 3 Highland sedang dicas semula pada stesen pengecas sebelum kebakaran tercetus.
Hanya sekeping gambar tempat kejadian berjaya dikesan dan ia dimuat naik oleh dionysis_bdroid di platform X. Jelas kelihatan bahagian belakang EV tersebut yang hangus sepenuhnya. Cermin tingkap yang pecah dan tayar yang rentung menunjukkan betapa panad haba tercetus akibat kebakaran. Semuanya rentung termasuklah stesen pengecas itu sendiri.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh bomba tempatan dan mereka tidak mengalami kesukaran kerana bateri EV tersebut tidak terbakar. Punca kejadian bagaimana pun masih belum diketahui.
Sesetengah memberi pendapat yang kebakaran mungkin berpunca dari kabel pengecas yang rosak ataupun dari bahagian adapter.
Hasil kajian beberapa pengkaji menunjukkan lebih sukar terbakar berbanding EV tapi bila sesekali ia terbakar memang makan masa la nak padamkannya.
Kebanyakan anggota bomba memang telah dilatih untuk memadam kebakaran EV tapi cabaran terbesar masih lagi kebakaran melibatkan pek bateri. Proses memadam menjadi lebih sukar bila pek bateri kereta tersebut sentiasa terbakar dengan sendiri secara berulang-ulang. Aduh macam mana nak selamatkan dunia ni.