Artikel PilihanBuletin

PROJECT CHAOS ADALAH HYPERCAR 3000 HP ‘GANAS’ DARI GREECE

Saban hari makin banyak hypercar muncul. Mungkin kat Malaysia ni tak pelik sangat sebab kita ada jutaan unit hypercar buatan tempatan. Namun hypercar Spyros Panopoulos Project Chaos dari Greece ini bukan calang-calang pencabar. Ia lebih real dan bukannya sekadar cakap-cakap kosong. Nak sebut nama pun rasanya kena masuk sekolah balik.

Sumber rasmi syarikat menyebut kereta ini menggunakan enjin 4.0L V10 lengkap sengan aci sesondol titanium, injap-injap Inconel,piston dan rod cetakan 3D yang mampu menghasilkan 2000 hp bila diperah pada 11000 rpm. Pelanggan juga boleh memilih untuk menaik taraf piston seramik, rod gentian karbon dan beberapa modifikasi lain yang akan menaikkan kuasa maksima kepada 3000 hp pada 12000 rpm! Laju-laju ni nak ke Mekah ke?

Berdasarkan video teaser yang disertakan rupanya memang teknik cetakan 3D digunakan secara meluas dalam penghasiln kereta ini. Antara peralatan yang menggunakan cetakan 3D termasuklah ekzos titanium, komponen pengecas turbo dan kompressor gentian karbon, angkup brek magnesium matrix, rim titanium dan aci engkol titanium. Rekaan luarannya juga dipastikan bebas dari sebarang geseran.

Rekaan luaran juga sangat radikal dengan lampu-lampu bersudut tajam, kelegaan bumi yang super rendah yang sangat menepati profil sebuah hypercar. Video terbaru ini juga buat pertama kalinya menunjukkan rekaan dalaman kereta ini yang serba canggih.

Asas binaan hypercar ini ialah menggunakan casis monocoque dari gentian karbon dengan tempat duduknya sekali. Ciri wajib kiranya untuk hypercar yang bernilai jutaan dollar. Kokpitnya memang ala perlumbaan menampilkan roda stereng yang lengkap dengan skrin paparan untuk info-infi penting. Skrin infotainment cukup bergaya selain unit paparan head up untuk memastikan pemandu sentiasa fokus.

Okey masuk bab prestasi pulak. Spyros menyatakan yang Project Chaos ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 1.8 saat! Meluncur dari 100-200 km/j hanya dalam masa 2.6 saat dan kelajuan maksimanya pula ialah pada 500 km/j tuan-tuan. Tayar apa agaknya yang bakal digunakan untuk menahan kelajuan ini.

Spyros merancang untuk mendedahkan kereta ini di Geneva Motor Show tahun depan tapi ianya telah dibatalkan. Kena tunggu lagilah nampaknya. Sempat la kumpul duit kot? Gaji penuh lagi kan?

Google ads
Back to top button