
TOYOTA BAKAL PRODUKSI SUV ULTRA-MEWAH, CENTURY. MAHU SAINGI CULLINAN, HARGA BERMULA RM661K
Pada awal tahun lalu, media di Jepun melaporkan bahawa Toyota sedang menyediakan model SUV ultra-mewah, Toyota Century yang juga dikenali sebagai Rolls-Royce versi Toyota di sana.
SUV Century dilihat dipandu uji dan bakal diproduksi bagi memenuhi permintaan pasaran masa kini terutama untuk keluarga diraja Jepun, ahli politik serta ahli perniagaan.
Selain itu, Toyota meletakkan sasaran jualan keseluruhan sebanyak 1,000 unit.

Menurut laporan, Toyota Century akan dibina berdasarkan platform TNGA GA-K manakala kuasa dipacu oleh enjin hibrid 2.5L aspirasi semula jadi + PHEV dan enjin hibrid 5.0L V8 aspirasi semula jadi + hibrid.
Hamburan kuasa maksimum ialah 381hp, tork 510Nm, sementara motor elektrik menghasilkan 224hp dan tork pada 300Nm, dengan gabungan output 431hp.
Toyota Century dijangka berada di pasaran pada hujung tahun ini dengan harga kira-kira 20,000,000 yen (RM661,084) iaitu lebih murah berbanding pesaingnya, Cullinan, bernilai 40,000,000 yen (RM1,322,330). – Automachi