BuletinMotosikal

MOTOGP AMERIKA: MARQUEZ & ROSSI DI GRID DEPAN. HAFIZH DI PETAK 21

Marquez sekali lagi mempamerkan konsistensi dalam ujian bebas dan akhirnya mencatatkan masa terbaik sewaktu pusingan kelayakan semalam. Itu meletakkan beliau sekali lagi di grid permulaan MotoGP COTA (Circuit Of The America) buat kali ketujuh berturut-turut sejak 2012.

Perlumbaan ini dijangka dramatik apabila seteru beliau dari kem Yamaha, Valentino Rossi di petak kedua dan Crutchlow di petak ketiga. Ketiadaan pesaing tradisi Ducati – Dovizioso yang terperosok di petak ke 13 dijangka memudahkan tugas Marquez untuk terus berada di hadapan di litar kegemaran beliau ini.

Pelumba kebangsaan negara Hafizh Syahrin terus bergelut dengan mesin KTMnya. Beliau hanya mampu memulakan perlumbaan di petak ke 21 – hanya satu grid di akhir yang diisi Tito Rabat dari pasukan Reale Avintia Ducati.

Satu lagi pasangan pelumba pasukan yang pastinya diberi perhatian oleh peminat MotoGP tempatan tentunya ialah pasukan Yamaha Petronas SRT iaatu Quartararo dan Morbidelli. Mereka mencatat masa yang bagus untuk memulakan perlumbaan masing-masing di petak ke sembilan dan 10.

Berikut ialah kedudukan grid selepas pusingan kelayakan

1. Marc Marquez (Repsol Honda) 2:03.787
2. Valentino Rossi (Movistar Yamaha) 2:04.060
3. Cal Crutchlow (LCR Honda) 2:04.147
4. Jack Miller (Alma Pramac Racing) 2:04.416
5. Pol Espargaro (KTM) 2:04.472
6. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) 2:04.489
7. Alex Rins (Team Suzuki Ecstar) 2:04.534
8. Danilo Petrucci (Ducati) 2:04.696
9. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha) 2:04.941
10. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) 2:05.278
11. Jorge Lorenzo (Repsol Honda) 2:05.383
12. Francesco Bagnaia (Pramac Racing) 2.05.887

Google ads
Back to top button