Buletin

NISSAN GT-R TARIK VOLVO FH DALAM SALJI. BIAR BETIK?

Kehebatan Nissan GT-R baik di atas jalan raya mahupun di litar lumba tidak dapat dinafikan lagi.

Namun, sukar untuk kita bayangkan kereta sports pacuan semua roda itu digunakan sebagai kenderaan menunda trak yang jauh lebih besar dalam situasi seperti jalan bersalji.

Saluran Youtube @schaefchen telah memuatnaik sebuah video berdurasi 1 minit 40 saat itu memaparkan sebuah R35 menarik sebuah Volvo FH yang sarat dengan muatan cuba mendaki jalan yang bersalji.

Klip ringkas itu memaparkan GT-R cuba menarik trak Volvo itu menggunakan tali tunda berwarna kuning, namun tidak dapat dipastikan sama ada ia benar-benar tali khusus digunakan untuk menunda atau sekadar gimik semata-mata.

Ini kerana Nissan GT-R yang ditala oleh Madisma Performance (1,000 hp) itu dilihat sukar untuk mengekalkan kadar cengkaman atas jalan bersalji ketika menarik trak Volvo FH itu.

Google ads
Back to top button