PEMILIK RIVIAN DEDAH ISU SALJI BERTAKUNG DALAM LAMPU LED HADAPAN
Untuk kereta yang menggunakan lampu LED, ada satu permasalahan bagi sesetengah pemilik iaitu ketika musim sejuk tiba. Pastinya dalam keadaan sejuk dan bersalji, ia akan menyebabkan salji melekat pada lampu, sekali gus menyukarkan pemanduan terutamanya pada waktu malam.
Pemilik Rivia, mendapati kenderaan mereka terdedah kepada isu ini. Meskipun lampu LED bahagian hadapan menggunakan kira-kira 75 peratus kurang elektrik berbanding lampu halogen untuk output cahaya yang sama, namun akibat ‘kepanasan’ tersebut menjadikan salji sangat basah dan mudah untuk melekat pada lampu.
Pemilik mendakwa bahawa reka bentuk lampu menegak sebenarnya tidak membantu untuk salji tidak melekat pada lampu.
Walau bagaimanapun, sesetengah jenama kereta menangani isu ini dengan baik. Seperti contoh, model Volvo moden memiliki penyembur lampu hadapan bagi membersihkan lampu, seterusnya membantu mencairkan ais dan salji.
Sebagai alternatif, beberapa lampu aftermarket menambah elemen pemanasan pada lensa lampu untuk tujuan ini. Kini, banyak lampu hadapan kenderaan dilengkapi ciri pemanas secara automatik apabila lampu berada di bawah suhu tertentu.
Memiliki ciri seperti penyembur lampu adalah penting untuk membolehkan penglihatan lebih baik ketika memandu.
Sudah tentu dengan adanya ciri seperti penyembur lampu hadapan adalah pilihan lebih baik berbanding menukar lampu lain selain LED. Ini kerana LED jauh lebih cekap berbanding halogen selain boleh bertahan kira-kira sepuluh kali lebih lama.
- BACA: HELLA PERKENAL MENTOL LAMPU LED RETROFIT BAHARU. JALIN KERJASAMA DENGAN AUTO2U.MY
- BACA: HONDA HR-V SPORT HYBRID i-DCD FACELIFT 2021. LAMPU LED, APPLE CARPLAY. BERMULA RM114K
- BACA: PENCIPTA LAMPU LED MENINGGAL DUNIA PADA USIA 92
- BACA: PERODUA ATIVA, DATANG DENGAN TEKNOLOGI LAMPU LED PINTAR. SEPINTAR ABAM JAPAR