Buletin

SEBASTIAN OGIER MENJUARAI RALI MONTE CARLO BUAT KALI KEENAM BERTURUT

Kalendar perlumbaan World Rally Championship (WRC) 2019 telah pun selamat berlangsung minggu lepas dengan menyaksikan kehandalan Sebastian Ogier yang menjuarainya. Kemenangan ini sebetulnya agak dramatik sebenarnya apabila Ogier hanya mendahului dengan perbezaan 2.2 saat sahaja meninggalkan Thiery Neuville di tempat kedua.

BACA : WRC 2018 MONTE CARLO – SEBASTIAN OGIER MUNCUL JUARA

BACA : CITROEN C3 WRC 2019 – NAMPAK GARANG WEI!

Perlumbaan yang berlangsung sengit membabitkan permukaan yang licin meliputi Salji dan juga Aspal yang kering melewati pergunungan Alps telah membuatkan kesemua pasukan yang bertanding sedikit pening dalam membuat pemilihan tayar yang tepat.

Kemenangan yang diraih oleh Ogier ini juga agak ironi dengan gandingan beliau bersama Citroen serta menandakan kemenangan yang ke 100 buat pengeluar dari Perancis itu.

Walaupun kereta Citroen C3 WRC Ogier mengalami masalah throttle pada beberapa pusingan terakhir, namun beliau kekal mendahului pelumba dari Belgium yang berjaya mengekori rapat bersama kereta Hyundai i20 WRC.

Bagi Ogier, sudah tentu kemenangan ini merupakan petanda awal beliau sememangnya bersedia untuk mempertahankan kejuaraan WRC 2019 ini, apatah lagi kemenangan di Monte Carlo ini merupakan kemenangan ke tujuh bersama empat kereta yang berbeza! Handa tak handal lah Brader Perancis ini kan?

Tempat ketiga pula berjaya diraih pelumba Toyota Ott Tänak yang kekal agak konsisten bermula musim 2018 yang lalu sehinggalah ke perlumbaan sulung musim ini.

Manakala kelibat pelumba lagenda, Sébastien Loeb bersama kereta baharu i20 WRC juga tampak menyakinkan. Walau pun beliau agak ketinggalan dalam perlumbaan awal, namun Pakcik Loeb ini berjaya meraih tempat keempat keseluruhan. Kira orait jugalah kan keputusan beliau setelah pertama kali berlumba dalam saingan WRC selain daripada Citroen.

Tempat kelima pula menjadi milik Jari-Matti Latvala yang memandu untuk pasukan Toyota.

Pasukan Ford yang cukup gah dalam dua musim sebelum ini seakan hilang punca dalam perlumbaan sulung ini. Kehilangan pemandu utama mereka si Ogier jelas tidak mampu ditandingi oleh pelumba gantian seperti Elfyn Evans, Pontus Tidermand dan juga Teenmu Suninen. Ada can jadi team ayam pula mereka lepas ini.

Pusingan kedua kalendar WRC ini bakal berlangsung di Sweden dengan permukaan bersalji sepenuhnya pada 14 – 17 Februari nanti. Mana – mana pelumba yang sangkut tepi jalan, bolehlah standby sirap dengan gula melaka buat ais kepal, iya tak?

Google ads

B K

Back to top button