
ZXMOTO SAH LANCAR SUPERBIKE 1000CC 2027, SERTAI WORLDSBK 2028
Baru-baru ini telah berlangsungnya majlis pelancaran jenama ZXMOTO di Malaysia oleh MForce Bike Holdings.
Pelancaran tersebut turut dihadiri sendiri pengasas ZXMOTO En. Zhang Xue yang turut terlibat dalam memperkenalkan tiga model baharu untuk pasaran Malaysia menerusi 820RR, 500RR dan 500F.

Menariknya, pengamal media telah diberikan tempah satu jam untuk bertanyakan beberapa soalan dan kami menggunakan peluang itu untuk bertanyakan perkembangan mengenai model akan datang dari ZXMOTO termasuk superbike 1000cc.
Langsung tidak cuba berselindung, Zhang Xue memaklumkan bahawa mereka akan memperkenalkan jentera 1000cc itu seawal tahun 2027 dan merancang menyertai Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) pada 2028.

Walaupun info terperinci tidak didedahkan namun sasaran menyertai WorldSBK secara tak langsung mengesahkan pengunaan enjin 1000cc. Namun, timbul laporan di China yang mendakwa ZXMOTO tidak akan menggunakan enjin empat inline atau V4 sebaliknya akan menggunakan enjin V5.
Namun begitu, enjin V5 adalah tidak dibenarkan diguna pakai di pentas WorldSBK yang hanya menghadkan sehingga empat silinder sahaja. Untuk rekod, WorldSBK bakal membenarkan kapasiti enjin 1200cc bermula 2030 namun had empat silinder masih dikekalkan.

Dalam pada itu, ZXMOTO ketika ini sedang merekodkan perkembangan membanggakan di kateogri WorldSSP (Kejuaraan Dunia Supersport)







