
MERCEDES-BENZ CLA 200 AMG LINE SERBA BAHARU DIPERKENALKAN – ANGGARAN HARGA MULA RM275K
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan pratonton CLA 200 AMG Line serba baharu yang dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.
Model ini hadir sebagai alternatif enjin pembakaran dalaman kepada CLA elektrik yang dilancarkan sebelum ini, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan rangkaian kuasa kepada pelanggan.
CLA 200 AMG Line baharu menampilkan sistem hibrid ringan 48-volt yang digabungkan dengan transmisi klac berkembar lapan kelajuan baharu (8G-eDCT), menjadikannya antara model Mercedes-Benz berenjin pembakaran dalaman paling cekap dalam segmennya.
Dari segi reka bentuk, model ini mengekalkan identiti moden CLA elektrik dengan sentuhan AMG Line yang lebih sporty.

Bahagian hadapan diserlahkan oleh gril radiator bercahaya bersama logo bintang Mercedes-Benz, manakala kabin menerima teknologi digital terkini menerusi sistem operasi MB.OS dan generasi keempat MBUX.
Spesifikasi Mercedes-Benz CLA 200 AMG Line
Enjin & Prestasi
- Enjin petrol dengan teknologi hibrid ringan 48-volt
- Transmisi klac berkembar lapan kelajuan baharu (8G-eDCT)
- Motor elektrik terbina dalam transmisi
- Bateri lithium-ion 48V berkapasiti sehingga 1.3kWh
- Mampu bergerak menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya pada kelajuan bandar tertentu
- Fungsi ‘coasting’ atau meluncur tanpa beban enjin sehingga sekitar 100km/j
- Sistem pemulihan tenaga (regenerative braking) dalam semua lapan gear
- Keupayaan menjana semula tenaga sehingga 25kW
- Penggunaan bahan api sekitar lima liter bagi setiap 100km
Rekaan Luaran

- Pakej AMG Line
- Rim aloi AMG 19 inci rekaan lima jejari berkembar
- Lampu hadapan MULTIBEAM LED
- Lampu ambien luaran dengan animasi logo Mercedes-Benz
- Gril radiator bercahaya LED
- Bumbung panoramik kaca
- Pilihan warna Cosmic Black
- Pilihan warna Polar White
- Pilihan warna High-Tech Silver
- Pilihan warna Sheer Blue
- Pilihan warna Aqua Mint
Teknologi & Infotainmen

- Sistem operasi Mercedes-Benz MB.OS
- Sistem infotainmen MBUX generasi keempat
- Pembantu maya MBUX berasaskan kecerdasan buatan (AI)
- Integrasi teknologi AI daripada Microsoft dan Google
- Kemas kini perisian secara over-the-air (OTA)
- Sistem navigasi berasaskan Google Maps
- Paparan navigasi 3D masa nyata
- Paparan MBUX Superscreen merentasi papan pemuka
- Paparan Digital
- Kluster instrumen digital 10.25-inci
- Skrin tengah 14-inci
- Skrin penumpang hadapan 14-inci
- Sokongan lebih 40 aplikasi
- Penstriman video terbina dalam
- Akses terus ke Disney+
- Grafik masa nyata menggunakan Unity Game Engine
- Keselamatan & Bantuan Pemanduan
- Distance Assist DISTRONIC
- Pakej bantuan pemanduan MB.DRIVE
- MB.DRIVE Parking Assist 360
- Sistem bantuan parkir dan manuver lanjutan

Ruang Kabin
- Tempat duduk sukan AMG Line Sports Seat Package
- Kemasan ARTICO leather dan MICROCUT microfibre
- Hiasan aluminium bercorak gentian karbon
- Stereng sukan multifungsi balutan kulit nappa
- Sistem pendingin hawa automatik THERMOTRONIC dua zon
Mercedes-Benz CLA 200 AMG Line serba baharu kini dibuka untuk tempahan awal dengan harga anggaran bermula RM275,000.
Pelan pembiayaan Agility+ pula ditawarkan pada kadar anggaran bermula RM2,888 sebulan termasuk jaminan lanjutan tahun kelima serta empat pakej servis Compact Service Package.
GALERI:













