Artikel Pilihan

SENARAI SUV LAJU SERUPA ERL

Apabila berbicara tentang SUV, suatu ketika dahulu kita mungkin skeptikal tentang rekaannya, berbentuk segi empat kotak dan dipasangkan dengan empat buah tayar. Tak aerodinamik dan tak laju langsung. Tapi itu dulu, kini rekaan SUV juga semakin hampir dengan ciri sebuah Kereta Sports dan juga mempunyai kelajuan serupa ERL. Jom kita tengok senarai SUV laju pilihan BK.

Bentley Bentayga Speed

SUV ultra mewah ini sememangnya mempunyai rekaan yang cukup menarik. Ianya lebih mementingkan gaya mewah berbanding kelajuan. Tapi apabila mewah dan kelajuan digandingkan untuk sebuah SUV, maka terhasillah Karya Agung ini. Menggunakan enjin 6.0 liter W12, ianya dikatakan sebagai antara SUV terpantas dengan kuasa kusa 626 HP. Kelajuan maksimum berupaya mencatat 190 mph (305 km/j)Berupaya mencatat 0 – 100 km/j hanya 3.8 saat sahaja.

Lamborghini Urus

Sesudah berjaya dengan siri rekaan Super Car, masanya untuk Lamborghini meng-urus-kan segmen SUV pula. Maka, terhasillah sebuah SUV yang memang nampak laju. Menggunakan enjin 4.0 liter turbo berkembar V8, ianya mampu memecut 0 – 100 km.j hanya 3.6 saat sahaja dengan kelajuan maksimum juga 305 km/j menjadikan ianya SUV yang Super Laju sebenarnya.

Apatah lagi dengan kuasa maksimum 650 HP, ianya mempunya nisbah kuasa kepada berat yang terbaik dalam kelasnya. Ternyata enjin yang dibekalkan oleh Kumpulan VW ini cukup berkuasa apatah lagi ianya telah dirombak untuk mendapatkan kuasa yang maksimum berbanding enjin yang sama turut digunakan pada model Audi A8 dan juga Porsche Panamera.

Porsche Cayenne Turbo S E-Hybrid

Jikalau tak masukkan jenama Porsche dalam artikel pilihan ini, rasa macam tak berapa seronok pula. Walau pun ianya ditakrifkan sebagai model Hibrid, tapi jangan dipandang enteng kelajuan model ini. Dengan kuasa 542 HP yang bersumberkan enjin 4.0 liter V8, serta tambahan kuasa 134 HP daripada motor elektrik, maka tidak sukarlah SUV premium ini untuk meraih kuasa maksimum 671 HP.

Jelas sekali Porsche Cayenne Turbo S E-Hybrid juga berupaya mencatat 100 km/j hanya pada 3.8 saat sahaja dengan kelajuan maksium 294 km/j.

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio

Barangkali dalam senarai yang BK kemukakan di sini, ini merupakan SUV yang paling murah dan kurang diberikan perhatian oleh peminat. Hanya Romeo sahaja yang mengenali si Alfa ini. Eh! Eh! Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio ini hanya menggunakan enjin 2.9 liter V6 dengan kuasa maksimum 503 HP. Tapi ianya masih berupaya memecut 3.8 saat sahaja untuk mendapatkan kelajuan 100 km/j/

Dari segi saiz, jelas sekali SUV underrated ini cuba bersaing dengan model seperti Porche Macan, Jaguar F-Pace SVR serta BMW X3 M. Walaupun kekurangan dari segi saiz enjin, tapi SUV ini jelas berupaya mencatat kelajuan 283 km/j. Terima kasih kepada kejuruteraan daripada Ferrari sewaktu pembinaan enjin yang handal ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is SUV-Dodge-Durango_SRT_Hellcat-Mekanika.jpg

Dodge Durango SRT Hellcat

SUV Amerika ini sebenarnya mempunyai sesuatu yang menarik untuk diperkatakan. Ianya ibarat jelmaan American Muscle Car yang disumpah menjadi sebuah SUV tanpa kelihatan pelik dan kelakar. Sebenarnya ini merupakan model baharu untuk tahun 2021. Penampilannya lebih garang dengan rekaan bampar baharu.

Kalau diikutkan ianya berupaya menjadi SUV terpantas apabila mampu memecut 0 – 100 km/j dalam tempoh 3.5 saat sahaja. Menggunakan enjin 6.2 liter V8 Supercharged, ianya mempunyai kuasa maksimum 710 HP. Tapi meter kelajuannya hanya mampu mencecah 290 km/j sahaja.

BACA : LAMBORGHINI URUS GRAPHITE CAPSULE, MAIN WARNA PUN OKAY

BACA : MUSTANG MACH-E GT, SUV 0-100 KM/J = 3.7 SAAT

Google ads

B K

Back to top button