MERCEDES-BENZ GLA GENERASI BAHARU MASUK PASARAN MALAYSIA. DUA VARIAN, HARGA BERMULA RM244K
Mercedes-Benz Malaysia hari ini memperkenalkan secara rasmi model kelapan barisan SUV premium, GLA.
GLA generasi terbaharu ini ditawarkan dalam dua varian GLA 200 Progressive Line dan GLA 250 4MATIC AMG Line.
Model GLA 200 Progressive Line dijual pada harga bermula RM244,199.82 sehingga 31 Disember ini manakala ia akan mendapat tag harga RM252, 888.00 bermula tahun hadapan.
GLA 250 4MATIC AMG Line pula dijual pada harga bermula RM285,336.66 sehingga 31 Disember ini.
Harga SUV premium terbaharu itu akan mendapat harga RM295,888.00 pada tahun hadapan.
Model generasi baharu ini didatangkan dengan dimensi 4,410 mm panjang, 1,834 mm lebar dan 1,611 mm tinggi berbanding model terdahulu.
Ia sekali gus menjadikan SUV ini lebih pendek, tinggi dan lebar dengan jarak antara roda bertambah kepada 2,729 mm.
Rekaan terbaharu ini amat sesuai terutama digunakan di kawasan bandar dengan menawarkan ruang kabin lebih luas, serta ruang kepala, ruang kaki dan ruang kargo yang lebih besar.
Selain itu, ia didatangkan gril serta lampu utama LED berprestasi tinggi agak besar malah dipasang cladding plastik pada bahagian arca tayar menyerlahkan lagi sisi moden dan sporty.
Memasuki ruang kabin, GLA 200 dilengkapi tempat duduk jenis Comfort pelarasan elektrik dengan empat sokongan tulang belakang, roda stereng balutan kulit, kawalan iklim THERMATIC dan sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX).
Bagi varian GLA 250 pula, ia didatangkan ciri kemasan luaran AMG Line, tempat duduk jenis Sports, roda stereng balutan kulit Nappa, paddle shifter bergalvani AMG, alas lantai AMG dan sistem pencahayaan lampu ambien.
Mercedes-Benz GLA 200 yang didatangkan rim aloi bersaiz 18 inci mendapat khidmat enjin empat silinder 1.3 liter turbocharged yang mampu menjana kuasa 163 hp dan tork 250 Nm.
Enjin berkenaan digandingkan bersama transmisi klac berkembar 7G-DCT tujuh kelajuan berupaya mencapai kelajuan maksimum 210 km/j.
Ia mampu memecut 0-100 km/j dalam tempoh 8.7 saat sahaja.
GLA 250 pula mendapat rim aloi twin-spoke 19 inci bersama enjin empat silinder 2.0 liter turbocharged dipadankan transmisi lapan kelajuan automatik (8G-DCT) yang mampu menghambur kuasa 224 hp dan tork 350 Nm.
Pecutan bagi jentera ini pula 0-100 km/j dalam masa 6.9 saat.
Dari aspek keselamatan, antara ciri ditawarkan GLA termasuk Active Brake Assist, Active Parking Assist, sistem PRE-SAFE, sistem pemantauan tekanan tayar, sistem pemantauan kabin, sistem penggera anti-kecurian dan pakej perlindungan anti-kecurian.
Varian GLA 250 memperoleh nilai tambah seperti Blind Spot Assist dan Cruise Control.
Dalam pada itu, Mercedes-Benz Financial menawarkan harga ansuran bulanan serendah RM2,388 (GLA 200) sehingga RM2,788 (GLA 250 4MATIC) berdasarkan kiraan bayaran muka 20 peratus dan tempoh sehingga lima tahun.
- BACA: PENGECUALIAN CUKAI. MERCEDES-BENZ TAWAR PENGURANGAN SEHINGGA RM49,000
- BACA: PENGGODAM JUMPA KELEMAHAN KESELAMATAN MERCEDES BENZ E-CLASS
- BACA: KREATIVITI TERLAMPAU. PINTU LUAR MERCEDES BENZ R CLASS DIPASANG SKRIN TV
- BACA: RAKSAKSA MERCEDES BENZ C63 AMG W205 & KOS “MEMBELANYA”
GALERI: