Buletin

BERJAYA AUTO ALLIANCE UMUM PASUKAN PENGURUSAN BAHARU

Berikutan pengumuman Berjaya Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) dilantik sebagai pengedar tunggal kenderaan baharu jenama Peugeot, se memegang hak untuk urusan selepas jualan dan alat ganti Peugeot, Citroen dan DS, syarikat ingin mengumumkan pasukan pengurusan baharu yang akan memacu jenama tersebut di Malaysia.  

Pasukan baharu di BAASB akan diketuai oleh Dato Wong Kin Foo sebagai Pengarah Urusan. Beliau yang kini merupakan Pengarah Bermaz Motor Sdn. Bhd. akan melapor kepada lembaga pengarah BAASB yang terdiri daripada Berjaya Corporation Berhad (BerjayaCorp) dan Bermaz Auto Berhad (BAuto).

Kedua-dua syarikat tersebut dipengerusikan oleh Dato’ Sri Robin Tan Yeong Ching. Di samping Pengerusi Ekskutif BAuto, Dato’ Sri Ben Yeoh dan Ketua Pegawai Eksekutif BAuto, Dato Francis Lee.

Peringkat awal operasi akan dilakukan di ibu pejabt kumpulan di Glenmarie, Shah Alam.

Pasukan baharu itu juga melibatkan tiga individu daripada BAASB iaitu Ketua Selepas Jualan, Micheal Moh; Ketua Jualan, Micheal Chen dan Ketua Pemasaran, Ian Khong.  

Google ads
Back to top button