Buletin

SHELL HELIX, WAZE BERI AMARAN KAWASAN KERAP KEMALANGAN KEPADA PENGGUNA DI MALAYSIA

Shell Lubricants Malaysia, menerusi jenama minyak motor Shell Helix telah menjalin kerjasama dengan aplikasi lalu lintas dan nagivasi paling popular di Malaysia, Waze untuk melancarkan amaran kawasan kerap kemalangan yang pertama di Asia.

Kerjasama itu bertujuan menjadikan jalan raya lebih selamat bagi para pemandu sepanjang Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

Dari 16 Mei hingga 15 Julai 2017, peringatan khas daripada Shell Helix akan muncul di Waze untuk mengingatkan pemandu supaya lebih berhati-hati apabila kereta mereka menghampiri mana-mana di antara 50 kawasan yang kerap berlaku kemalangan di Semenanjung Malaysia. Lokasi-lokasi tersebut dikenal pasti berdasarkan data sejarah kemalangan yang dihantar oleh pengguna Waze.

Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Alex Lim, syarikat ini membawa amalan keselamatan jalanrayanya ke tahap yang lebih tinggi menerusi kerjasama pintar dengan Waze untuk mengurangkan kebimbangan di kalangan para pemandu semasa menggunakan jalanraya.

“Shell Malaysia memang sinonim dengan pelbagai inisiatif keselamatan jalan raya sepanjang lebih 125 tahun kami di Malaysia. Kerjasama dengan Waze membuktikan inisiatif kami untuk menjadikan jalan raya lebih selamat sepanjang musim perayaan ini,” kata Pengurus Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Alex Lim.

Pengurus Perniagaan Waze Malaysia Edward Ling menyatakan bahawa amaran kawasan kerap kemalangan tersebut adalah kombinasi unik dua ciri dalam Waze – analisis data besar. Ia yang dijana daripada komuniti pengguna jalan raya dan ciri penempatan iklan.

“Dengan menggunakan data dari crowdsourcing yang disumbangkan oleh pengguna Waze (Wazers), kami telah mengenal pasti lokasi-lokasi kemalangan utama.

“ Dengan mengurangkan kemalangan, kami juga dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan ini membawa kebaikan kepada semua,” katanya.

Sebelum bermulanya tempoh sesak, Shell Helix juga akan mengadakan promosi istimewa penukaran minyak untuk para pengguna Waze serta orang ramai yang menonton video Aidilfitrinya di YouTube atau Facebook. Video itu bertujuan mengingatkan pemilik kereta untuk melakukan servis kereta sebelum memulakan perjalanan balik kampung.

Dengan menunjukkan kod promo unik yang dipaparkan di aplikasi Waze dan video, pelanggan boleh menikmati potongan sehingga RM30 di bengkel-bengkel Shell Helix dan cawangan servis Lubebay di stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

BACA: ENJIN LEBIH BERSIH DAN EFISIEN DENGAN TEKNOLOGI DYNAFLEX DI DALAM BAHAN API SHELL

Dilancarkan pada tahun 2014, produk utama Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus merupakan minyak motor pertama dan satu-satunya yang membawa pembaharuan melalui teknologi gas-kepada-cecair. Teknologi itu menukar gas semula jadi kepada minyak asas yang ultra-bersih dan stabil.

Shell Helix Ultra memberikan tahap pembersihan dan perlindungan yang lebih baik. Maksudnya, tiada minyak motor lain yang dapat membuatkan enjin anda kekal bersih seolah-olah baru dari kilang.

Selain mengekalkan kebersihan enjin, Shell Helix Ultra juga membantu menyingkirkan enap cemar yang ditinggalkan oleh minyak motor yang kurang bermutu dan memberikan perlindungan yang lebih baik dari kehausan dan kakisan. Seterusnya dapat memanjangkan jangka hayat enjin dan mengurangkan kos penyelenggaraan.

PEMENANG #CLEANMYENGINE SHELL HELIX

Pada tahun 2016, Shell Helix melancarkan program jaminan enjin yang pertama di Malaysia – Waranti Enjin Shell Helix (S.H.E.W). Program ini meliputi kos pembaikan atau penggantian 15 komponen enjin yang mungkin mengalami kerosakan sekiranya telah dipastikan bahawa minyak motor Shell Helix gagal memberikan pelinciran dan perlindungan yang sepatutnya.

S.H.E.W. yang diberi secara percuma kepada pengguna Shell Helix boleh didapati oleh kenderaan penumpang persendirian yang didaftarkan untuk beroperasi dalam Malaysia, yang berusia lapan tahun atau kurang.

Baru-baru ini, Shell Helix telah melanjutkan kelayakan ke atas kereta yang mempunyai  jarak perbatuan 150,000 km atau kurang.

Maklumat lanjut mengenai barisan minyak motor Shell Helix dan promosi musim perayaan yang akan datang, sila layari www.shell.com.my/helixraya.

Google ads
Back to top button