
PROTON TAWAR PAKEJ AKSESORI PROTON X50 R3 – TERHAD 200 UNIT, HARGA BERMULA RM12K
Selepas muncul kali pertama di MARii Autoshow 2023 Mei lalu, Proton baru-baru ini mengumumkan harga pakej aksesori Edisi Ulang Tahun ke-20 R3 untuk Proton X50.
Menurut Proton, pakej ini terhad kepada 200 unit dan hanya tersedia kepada pembeli model Proton X50 Flagship.
“Seiring dengan sambutan ulang tahun syarikat ke-40 tahun pada tahun 2023, ini adalah peluang yang tepat bagi PROTON untuk mengiktiraf beberapa pencapaian kami.

“R3 telah sebati dengan kejayaan Proton dalam arena sukan permotoran serta pembangunan model lain dengan prestasi luar biasa untuk pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah.
“Hari ini, jenama R3 kekal popular di kalangan peminat Proton yang telah menunjukkan sokongan mereka dengan membeli produk jenama R3 dan minyak pelincir dirumus khas. Kami bersyukur atas semangat mereka dan ingin memberi ganjaran kepada mereka dengan pakej aksesori ini yang telah dibangunkan khas untuk model SUV Proton yang paling popular.”

Direka untuk meraikan dua dekad jenama R3, pakej ini terdiri daripada pelapis vinil hitam satin, aerokit R3 rekaan khas (skirt hadapan, belakang dan sisi), jalur bonet R3, spoiler bumbung belakang bergaya serta rim aloi ringan 18” R3.
Bukan itu sahaja, pakej aksesori ini termasuklah logo gril hadapan R3, plat nama belakang edisi terhad R3, serta plat nama papan instrumen dalaman, sulaman pada kepala kerusi R3 untuk pemandu dan penumpang hadapan, tikar R3 dan tinted tingkap Proton.
Seperti dinyatakan diatas, pakej ini hanya tersedia kepada pembeli Proton X50 1.5 TGDi berwarna jet grey, pakej aksesori Edisi Ulang Tahun ke-20 R3 ini dijual pada harga RM12,000 termasuk pemasangan, dan boleh ditempah dari mana-mana cawangan Proton.
Tambahnya, penghantaran akan bermula dari pertengahan bulan November.
GALERI:





- BACA: BUKAN PROTON S50 TETAPI DINAMAKAN SEBAGAI S70 – BAKAL LANCAR NOVEMBER
- BACA: PROTON S50 ADALAH KELAHIRAN SEMULA PROTON PERSONA, SAGA
- BACA: PROTON X50 JALANI PANDU UJI DI INDIA – BAKAL BERSAING DENGAN KIA SELTOS, HYUNDAI CRETA DI INDIA
- BACA: PROTON X90 KINI DI PASARAN BRUNEI, MAURITIUS DAN AFRIKA SELATAN







