Buletin

SKODA BANGUN APLIKASI DIAGNOSIS KENDERAAN ROSAK MELALUI BUNYI

Skoda membangunkan aplikasi diagnosis masalah kenderaan semudah mengeluarkan telefon pintar anda!!!

Aplikasi dikenali sebagai Sound Analyser berupaya merakam audio ketika kenderaan dihidupkan dan membandingkan rakaman corak bunyi yang telah disimpan sebelum ini.

Jika terdapat masalah, aplikasi berkenaan akan memaklumkan juruteknik malah berupaya mengenal pasti bahagian mana bermasalah di kenderaan.

Apa yang menarik, ketepatan aplikasi mencapai lebih dari 90 peratus.

Skoda memberitahu aplikasi berkenaan mampu mengenal pasti 10 corak bunyi termasuk sistem stereng, pemampat penghawa dingin dan klac di dalam kotak gear direct-shift (DSG).

Sound Analyser akan mengubah fail rakaman audio kepada spectrogram secara visual menggambarkan isyarat akustik.

Teknologi kecerdasan buatan (AI) pula bertindak membandingkan fail rakaman yang disimpan bagi mengenal pasti masalah dihadapi dan cara memperbaiki kenderaan.

Skoda menambah, selain menjadikan penyelenggaraan kenderaan lebih efisien, ia juga mampu mengurangkan masa yang terpaksa ditunggu oleh pelanggan sebelum mendapatkan kenderaan mereka. 

Aplikasi Sound Analyser ini telah diuji dalam satu projek perintis yang melibatkan kira-kira 14 buah negara dan 245 buah pengedar yang membekalkan rakaman audio untuk proses pembelajaran pengisian aplikasi berkenaan. 

Dalam pada itu, Skoda turut memberi bayangan teknologi terbaharu berkenaan akan ditawarkan pada model hadapan melalui sensor khas.

Ia dijangka mampu melalukan penyelenggaraan serta pembaikan kenderaan berjadual melalui sambungan internet. – carscoops

Google ads
Back to top button