Motosikal

BMW R 18 FIRST EDITION KINI DI MALAYSIA. ENJIN 1.8 LITER, TERHAD 18 UNIT, RM149,500

BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini BMW R 18 First Edition ke pasaran tempatan. Cruiser dengan enjin boxer itu ditawarkan pada harga RM149,500 seunit.

Jentera terbaharu itu diperkenalkan buat pertama kali sebagai Concept R 18 pada acara Concorso d’Eleganza Villa d’Este. Ia memberi bayangan kepada dunia apa apa yang bakal hadir dalam segmen cruiser.

BMW R 18 meminjam beberapa elemen daripada model-model terkenal seperti BMW R 5 dari segi teknologi dan visualnya. Ini sekali gus memberi fokus kembali kepada ciri-ciri kefungsian yang asas pada motosikal ini iaitu bersifat puris, teknologi serba ringkas dan enjin boxer.

Model edisi pertama yang eksklusif ini menggandingkangayaan klasik BMW R 18 dalam warna hitam dan krom. Motosikal yang besar itu menampilkan logo edisi pertama dengan gubahan jalur halus berlatarkan warna hitam berkilat.

Persona cruiser itu turut disumbang oleh bar hendal, tuil penukar gear, penutup hendal, kepala silinder, engkol, serta komponen salur masuk udara dengan warna krom. Hanya 18 unit BMW R 18 First Edition yang bakal ditawarkan di Malaysia.

BMW R 18 terbaharu merupakan interpretasi kruiser moden yang berpegang kepada tradisi BMW Motorrad. Ciri-ciri rekaan tubuh yang klasik pada kruiser ini bermaterialkan logam, serta menepati kriteria sebuah jentera kruiser yang tulen:

Reka bentuk tangki bahan api 16 liter itu berasal daripada BMW R 5. Tidak ketinggalan, fender hadapan dan belakang, panel sisi di bawah tempat duduk, fork serta perumah lampu hadapan dan panel instrumen bulat yang semuanya diperbuat daripada logam.

Cruiser mewah ini membekalkan pencahayaan yang jelas dengan lampu hadapan, lampu belakang dan lampu brek LED. Penutup enjin berwarna hitam dan perak itu merupakan hasil kerjasama dengan Roland Sands Design.

Enjin boxer bersesaran 1.8 liter ialah enjin paling besar pernah dibangunkan oleh BMW.  Enjin boxer empat lejang, dua silinder yang diperbaharui itu hadir dengan aci sesondol berasaskan rantai dan mampu menjana kuasa tork mencecah 158Nm pada 3000 rpm.

Dikenali sebagai “Big Boxer”, enjin tersebut disejukkan melalui udara/minyak berkaan mampu menawarkan kelajuan tertinggi 180km/j. Kuasa disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan.

BMW Motorrad mendakwa penggunaan bahan api jentera itu adalah sekitar 5.6 liter bagi setiap 100km. Penunggang juga boleh memilih tiga mode tunggangan iaitu Rock, Roll dan Rain.

BMW R 18 menggunakan suspensi teleskopik klasik di hadapan dan jenis topang jenis cantilever di belakang.

Dari segi keselamatan, cruiser itu dilengkapi sistem brek cakera ABS integral,  Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan kawalan tork seretan (MSR) sebagai ciri standard.

BMW R 18 didatangkan dengan instrumen bulat bersama paparan analog dan paparan multifungsi. Bagi memudahkan penunggang, ia hadir bersama gear undur.

Pemilik juga boleh mengubah suai jentera mereka dengan pelbagai aksesori tulen daripada BMW Motorrad.  

Jika berminat, BMW R 18 First Edition boleh ditunggang uji di BMW Motorrad Heritage terpilih seperti di Auto Bavaria Ara Damansara, Chear Motorrad Puchong dan El Chong Motor Sungai Jawi.

GALERI

Google ads
Back to top button