Buletin

SKODA EPIQ – BAYANGAN KONSEP MODEL SUV ELEKTRIK MASA HADAPAN

Škoda Auto telah melancarkan model konsep kereta pameran terbaharu mereka, Skoda Epiq sebagai bayangan akan model SUV bandar elektrik sepenuhnya untuk masa akan datang. Skoda Epiq ini menampilkan reka bentuk yang berani, minimalis dan juga elemen inovatif yang menyerlah dan praktikal sekali gus menjadikan Skoda Epiq ini sebagai kenderaan yang ideal untuk kegunaan harian.

Model Skoda Epiq ini telah membuat debut sewaktu bengkel media Kumpulan Volkswagen menjelang 2025 IAA di Munich 2025 bersama model lain dalam Electric Urban Car Family (EUCF) Volkswagen’s Brand Group Core (BGC).

Kereta pameran ini mempersembahkan Škoda Epiq sebagai crossover SUV bandar kompak berukuran 4.1 meter panjang dengan kapasiti lima penumpang dengan selesa serta menawarkan ruangan but 475 liter yang mengagumkan dan jarak sehingga 425 kilometer. Ini menjadikannya praktikal untuk kegunaan harian sambil juga sesuai untuk perjalanan yang lebih jauh.

Harga permulaan model pengeluaran ini  masa depan dijangka setanding dengan model Skoda , Kamiq. Ini menjadikan Skoda Epiq ini sebagai model kenderaan elektrik paling mampu milik dalam senarai katalog Škoda setakat ini. Perkembangan ini sememangnya menggambarkan komitmen Škoda untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti yang mampan dan boleh diakses.

Skoda Epiq ialah model Škoda pertama yang mengguna pakai sepenuhnya bahasa reka bentuk  Modern Solid  baharu jenama itu, digunakan dalam dan luar. Falsafah ini menggabungkan keteguhan, kefungsian dan keaslian, jelas tercermin dalam gaya berani dan minimalis pada Skoda Epiq ini. Cat matt Cashmere dipadankan dengan Tech-Deck Face hitam berkilat, dibingkai oleh lampu nyalaan siang LED berbentuk T dan lampu isyarat membelok. Lampu depan terletak lebih rendah, menyerlahkan bampar hadapan yang teguh dengan spoilernya dihias dalam warna kelabu Cosmo.

Di ruangan kabin, Škoda memfokuskan pada kebolehgunaan dan kepraktisan setiap hari dengan menawarkan pilihan storan yang banyak dan penyelesaian bagasi yang bijak, termasuk cangkuk beg, pengikat dan petak bawah lantai tersembunyi. Mencerminkan pendekatan ‘Mobile First’ Škoda, bahagian dalamannya adalah minimalis dan berfungsi, menampilkan pengecasan telefon wayarles, serta ruangan petak Simply Clever.

Škoda Epiq ini kelak akan dibina di kilang Volkswagen Navarra di Sepanyol sebagai sebahagian daripada projek pembangunan dan pengeluaran bersama dalam BGC Volkswagen. Versi pengeluaran Škoda Epiq dijadualkan membuat tayangan perdana global pada pertengahan 2026.

BACA : SKODA FAVORIT CONCEPT – MUNGKIN SUATU HARI NANTI KELAHIRAN SEMULA MODEL LAGENDA INI?

BACA : SKODA LK 130 CONCEPT – KHAS UNTUK PASUKAN BASIKAL LUMBA

Google ads

B K

Back to top button