
SKODA FAVORIT CONCEPT – MUNGKIN SUATU HARI NANTI KELAHIRAN SEMULA MODEL LAGENDA INI?
Lama dahulu sekitar era 80an, itu jam Skoda Auto pernah menghasilkan sebuah model hatchback sendiri yang kini telah pun menjadi sebahagian daripada sejarah, Skoda Favorit. Dan kini, kelahiran semula Škoda Favorit ini adalah merupakan sebuah ikon sebenar dari akhir 1980-an, telah direka semula melalui lensa bahasa reka bentuk Modern Solid yang kontemporari dari jenama itu, muncul sebagai konsep elektrik baru dengan DNA sejarah dunia automotif yang tidak perlu diulas lagi.

Apabila ia pertama kali diperkenalkan, Favorit yang asal telah memberikan suatu tanda aras serta titik perubahan yang penting bagi Škoda. Dihasilkan di bawah keadaan yang mencabar dengan pelbagai kekangan serta sumber yang terhad, Skoda Favorit adalah pencapaian kejuruteraan yang hebat – menggabungkan reka bentuk yang menarik, ciri-ciri praktikal, dan pengiktirafan antarabangsa. Ia meletakkan asas untuk transformasi Škoda menjadi jenama automotif global, hingga mampumenarik perhatian pemimpin industri seperti Volkswagen untuk terus memilikinya.

Kini, pereka Ljudmil Slavov mengambil tugas untuk menghidupkan kembali model legenda ini. Sebagai sebahagian daripada penghormatan kepada kereta paling berpengaruh Škoda, Ljudmil Slavov telah menghasilkan satu penafsiran moden yang menonjol bagi Favorit, memberikansemangat inovasi yang mentakrifkan asal usulnya.
Menurut Ljudmil Slavov ketika mereka bentuk model konsep Favorit ini beliau tidak mahu terpengaruh dengan reka bentuk moden Tech-Deck Face. Beliau telah meneliti semula model asal untuk menghasilkan semula Favorit tanpa mengenepikan konsep model asal untuk dibawa ke bahasa reka bentuk lebih moden walau pun sedikit mencabar.
Dan hasilnya model konsep ini kelihata cukup memukau walau pun masih lagi mengekal beberapa elemen Favorit yang asal dengan fascia hadapan mungkin sedikit berbea dengan falsafah reka bentuk moden sebuah Skoda tetapi masih lagi mengekalkan acuan asal Modern Solid yang telah diterapkan Skoda.

Antara bahagian yang menonjol sudah tentuk rekaan lampu perumah yang bercirikan model asal Favorit tetapi masih lagi kelihatan moden dengan lampu utama jalur LED berbentul L yang tipis. Falsafah rekaan yang serupa juga diterapkan oleh Ljudmil Slavov untuk rekaan lampu belakang.
Akan tetapi peminat Favorit yang asal mungkin sedikit kecewa kerana penghasilkan model konsep ini barangkali tidak akan diterjemahkan untuk penghasilkan produksi massa. Yang pasti Skoda sentiasa bersedia untuk memastikan tradisi dan inovasi boleh bergerak seiring di masa hadapan.
BACA : SKODA LK 130 CONCEPT – KHAS UNTUK PASUKAN BASIKAL LUMBA
BACA : SKODA ENYAQ RS RACE – DAH BOLEH MULA PRODUKSI KOT LEPAS NI



