Buletin

PERSAINGAN SENGIT, SKODA MAHU KELUAR DARI PASARAN CHINA

Skoda kini sedang menilai semula kedudukan perniagaan mereka di pasaran kereta terbesar di dunia, China.

Langkah tersebut diambil melihatkan kepada persaingan sengit yang diterima di pasaran tersebut, dan ia dibuktikan menerusi angka jualan yang semakin merudum.

Skoda mencatatkan penurunan angka jualan sebanyak 13 peratus pada tahun 2021, dan sepanjang tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, angka jualan Skoda menurun sebanyak 31 peratus.

Menurut CEO Skoda, Klaus Zellmer berkata, “sekiranya kami mahu menumpukan usaha, adalah lebih baik dengan melihat kepada senario semasa dan kemudian membuat keputusan.

Salah satu daripada pilihan yang ada adalah dengan menamatkan operasi pemasangan tempatan dan mengehadkan penawaran kepada model import sahaja.

Sekiranya Skoda mahu keluar secara terus daripada pasaran tersebut, dana yang ada akan disalurkan kepada pasaran lain di dalam dunia.

Seperti contoh, pasaran Vietnam yang mempunyai potensi jualan sebanyak 40,000 unit setahun.

Ini adalah sebab kenapa Skoda sedang mencari peluang untuk membuka kilang baharu di negara itu, di mana operasi CKD dijangka akan bermula pada tahun 2024. – Automobilwoche

Google ads
Back to top button