Artikel Pilihan

YAMAHA HENTIKAN PRODUKSI SNOWMOBILE SELEPAS 50 TAHUN – JADI RARE LA LEPAS NI

Yamaha baharu sahaja umumkan yang mereka akan meninggalkan pasaran snowmobile ataupun kereta salji selepas berada dalam pasaran selama 57 tahun. Jualan di Jepun telah dihentikan manakala jualan di Eropah akan dihentikan tahun hadapan dan AS pula menjelang 2025.

Dengan pengunduran Yamaha, saingan dalam pasaran snowmobile kini berbaki kepada tiga pengeluar sahaja. Artic Cat dari Minnesota, BRP dari Quebec dan Polaris Industries yang juga berasal dari Minnesota. Satu lagi jenama yang juga merupakan paling popular di AS ialah Ski-Doo. Alah yang banyak buat jetski tu.

Yamaha sebenarnya tahu akan perkembangan yang sangat terhad dalam pasaran snowmobile dan mempunyai pecahan pasaran yang sangat kecil. Malah Russia juga merupakan antara faktor utama kenapa mereka berundur dari pasaran snowmobile.

Yamaha merupakan antara jenama snowmobile yang paling popular di Russia dan sekatan perdagangan dan ketidakstabila ekonomi di sana membuatkan jualan snowmobile menurun teruk.

Pembeli yang sudah membuat tempahan tidak perlu bimbang kerana kesemua model 2024 sudah pun disiapkan dan akan dihantar mengikut masa yang ditetapkan. Yamaha akan memastikan semua alat ganti, servis dan khidmat waranti diteruskan seperti biasa. Malah sebenarnya terdapat hampir 500 ejen jualan snowmobila Yamaha di seluruh dunia kecuali Mentakab la.

Walaupun jualan snowmobile dihentikan sepenuhnya, ejen-ejen jualan mereka masih lagi mempunyai pelbagai produk Yamaha untuk dijual seperti produk marin (bot dan enjin), motosikal dan ebike. Produk Yamaha yang pertama kami beli zaman sekolah dulu ialah alat muzik recorder.

Dalam satu pengumuman rasmi, Yamaha menyampaikan ucapan terima kasih mereke kepada ejen jualan dan pelanggan yang pernah berurusan dengan mereka. Kami pun minat dengan snowmobile ni tapi kalau beli nak guna kat mana? Takkan nak bawak pergi masjid.

Google ads
Back to top button