Artikel PilihanBuletin

SPRM BUKA 70 KERTAS SIASATAN SINDIKET LORI & JPJ PULAU PINANG

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka sekurang-kurangnya 70 kertas siasatan ke atas kes perlindungan sindiket lori yang dikatakan melibatkan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki berkata siasatan itu masih berterusan, dan akan dilengkapkan apabila mereka menyelesaikan semua kertas siasatan.

“Kami telah membuka sekurang-kurangnya 70 kertas siasatan dan ini memerlukan sedikit masa untuk disiapkan.

“Saya menjangkakan, sebelum Hari Raya Aidilfitri, beberapa kes boleh dibawa ke mahkamah,” katanya.

Sehingga kini, pegawai SPRM telah mengambil keterangan dari 79 orang – 68 pegawai dan kakitangan JPJ, dua bekas pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sembilan orang awam – sejak 16 April untuk membantu siasatan Ops Sarat.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Pada 24 April lalu, bekas pegawai SPAD dan pegawai penguatkuasa JPJ, adalah suspek terbaru ditahan reman berhubung dengan kes itu.

Sumber sebelum ini mendakwa pegawai tersebut telah mengambil rasuah sejak 2016 dan wang yang dikutip itu berjumlah lebih daripada RM80,000.

Pegawai penguat kuasa dipercayai telah menerima bayaran bulanan antara RM10,000 dan RM32,000 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang melakukan kesalahan jalanraya.

Ia juga sebagai “yuran bulanan”, yang mana syarikat dan pemandu mendapat maklumat tentang operasi JPJ.

KREDIT: THE STAR

Google ads
Back to top button