
KAWASAKI Z1100 SE DAN MODENAS Z650S DILANCARKAN – HARGA MULA RM35K
Kawasaki Malaysia memperluaskan penawaran motosikal naked berprestasi tinggi menerusi pelancaran Kawasaki Z1100 SE untuk pasaran tempatan.
Model itu hadir dengan kapasiti enjin lebih besar bersama peningkatan dari aspek prestasi, pengendalian dan keselesaan tunggangan.
Z1100 SE dibangunkan bagi memenuhi keperluan penunggang berpengalaman yang mahukan gabungan kuasa agresif dan keselesaan untuk tunggangan harian serta perjalanan jarak jauh.

Selain menampilkan karakter rekaan naked yang lebih garang, motosikal itu turut menerima pelbagai penambahbaikan kejuruteraan bagi memastikan pengalaman tunggangan lebih stabil dan responsif dalam pelbagai situasi.
Di Malaysia, Kawasaki Z1100 SE ditawarkan pada harga RM69,900 dengan dua pilihan warna iaitu:
- Metallic Matte Graphenesteel Gray
- Metallic Matte Carbon Gray
Dalam perkembangan sama, Modenas turut memperkenalkan Z650 S sebagai motosikal naked kelas pertengahan yang memfokuskan keseimbangan antara prestasi, pengendalian mudah dan gaya lebih sporty.

Model tersebut disasarkan kepada penunggang yang mencari motosikal serba guna untuk kegunaan harian di kawasan bandar, selain sesuai untuk tunggangan santai pada hujung minggu.
Z650 S turut menampilkan rekaan lebih agresif dengan karakter moden yang sepadan dengan identiti siri naked Kawasaki.
Bagi pasaran tempatan, Modenas Z650 S dijual pada harga RM35,600 dengan dua pilihan warna berikut:
- Metallic Matte Graphenesteel Gray
- Metallic Flat Spark Black



