
KAWASAKI NINJA ZX-10R 2026 DILANCARKAN DI MBS 2026: HARGA MULA RM114K
Modenas bersama Kawasaki Malaysia terus menghangatkan Malaysia Bike Show 2026 apabila melancarkan Kawasaki Ninja ZX-10R untuk pasaran tempatan.
Model superbike berprestasi tinggi itu ditawarkan pada harga RM114,600 menerusi pilihan warna serta livery asas Lime Green / Blue 24.
Pelancaran tersebut berlangsung di MAEPS, Serdang, dengan Ninja ZX-10R turut dipamerkan di reruai Modenas dan Kawasaki Malaysia sepanjang acara berlangsung.

Bagi model terbaharu ini, Kawasaki menambah baik beberapa aspek aerodinamik termasuk penggunaan winglet baharu yang membantu meningkatkan kestabilan ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi.
Dari sudut rekaan, ZX-10R tampil dengan imej agresif menerusi identiti generasi terkini Ninja yang lebih tajam dan moden. Selain menonjolkan karakter jentera litar, reka bentuk tersebut turut memberi fokus kepada pengendalian serta kestabilan aerodinamik.
Kuasa jentera ini masih dijana enjin empat silinder sebaris 998cc yang menghasilkan 204hp dan 115Nm pada 11,400rpm.

Padanan talaan enjin tersebut membolehkan ZX-10R menawarkan prestasi pecutan yang cukup agresif.
Bagi meningkatkan pengalaman tunggangan, Kawasaki turut melengkapkan model ini dengan pelbagai teknologi moden termasuk paparan TFT 5-inci lengkap fungsi navigasi turn-by-turn dan sambungan telefon pintar.
Antara ciri elektronik lain yang tersedia ialah Kawasaki Quick Shifter (KQS), Electronic Cruise Control, Kawasaki Traction Control (KTRC), mod tunggangan kuasa serta Kawasaki Cornering Management Function (KCMF).

Dari aspek casis pula, ZX-10R menerima penggunaan suspensi hadapan bersalut titanium bersama Öhlins Electronic Steering Damper untuk membantu kestabilan ketika tunggangan agresif.
Sistem brek pula dibantu Kawasaki Intelligent Anti-lock Brake System (KIBS) serta ABS bagi memastikan kawalan lebih optimum.
- BACA: MBS2026: ARIIC GOBI 250 DILANCARKAN – JANA 16.5KW, TORK 23.5NM, HARGA MULA RM13K
- BACA: MBS2026: ARIIC TOUCH 250 DILANCARKAN – HARGA MULA RM13K
- BACA: MALAYSIA BIKE SHOW 2026: HONDA ADV 160 2026 RASMI DILANCARKAN – HARGA MULA RM13,249
- BACA: TOYOTA HILUX 2026 RASMI DI JEPUN, AKSESORI GR PARTS DAN MODELLISTA JADI TARIKAN








