Buletin

SUPERCAR CAPSULE GARAGE – PROJEK RUANG PAMERAN SUPERCAR DI KEDIAMAN MEWAH

Supercar bukan dibeli untuk tujuan pergi melaram semata-mata. Ia sebenarnya satu objek seni, mahakarya teknologi dan reka bentuk. Ia wajar dinikmati dan bukan sekadar berada dalam garaj yang membosankan itu. 

Jadi, jika anda mampu membeli sebuah supercar, rumah anda pastinya mempnyai garaj. Anda juga mungkin ada duit untuk menimbangkan cadangan ini, tukar garaj tersebut kepada bilik pameran kereta peribadi anda sendiri. 

Itulah idea di sebalik projek Supercar Capsule Garage yang menjadikan bilik pameran kereta mahal itu sebagai sebahagian daripada kediaman mewah anda. 

Ia merupakan hasil buah fikiran firma rekaan ASZarchitetti Group. “Lagipun, kereta anda sepatutnya menerima perhatian sama seperti rumah dan rekaannya. Kereta juga boleh menyumbang kepada pengalaman estetik sebuah kediaman. 

“Projek ini disasarkan kepada pencinta kereta yang ingin menghargai dan memahami kualiti-kualitinya,” jelas firma berkenaan. 

Berbeza dengan reka bentuk dan seni bina kediaman yang lain, Supercar Capsule Garage  direka untuk mempamerkan kereya di ruang yang dibina khas untuknya. Pelanggan diberi peluang untuk mengubah suai bilik pameran iu daripada beberapa template yang terhad. 

Pilih satu template, kemudian bekerjasama dengan sepasukan pakar untuk hasilkan ruang tersendiri berdasarkan kepada bajet, keperluan dan pastinya size bilik pameran berkenaan. 

Antara konfigurasi yang ditawarkan ialah Villa Extension. Pelangan akan diberi satu bilik baharu yang disepadukan dengan rumah. Pasukan pakar tadi akan memecahkan dinding dan menghasilkan satu ruang cantik untuk anda merenung kereta mahal itu sepanjang masa. 

Pilihan Box Refurbishment adalah menambah baik garaj sedia ada dengan memasang kemasan, lampu dan apa jua yang perlu untuk menyerlahkan lagi estetika kereta. Sementara pilihan Detached Box pula menyaksikan satu ruang baru dibina sepenuhnya dan terpisah daripada rumah. 

Pilihan terakhir ialah Mechanized Tower  yang sebenarnya ialah menara parkir, tetapi memberi impak visual terbaik. Mekanisma baharu memastikan pergerakan kereta sentiasa selamat. 

Biar apa pun konfigurasi yang dipilih, projek Supercar Capsule Garage akan memastikan ia dapat bergabung dengan elemen sedia ada secara harmoni. 

GALERI

Google ads
Back to top button