Buletin

PENGUMPUL SUPERCAR UNTUNG RM17.2 JUTA DALAM MASA 5 BULAN JUAL BELI KOENIGSEGG AGERA RS

Seorang pelabur hartanah yang berjaya di California dikatakan mencatat keuntungan berjuta-juta dolar selepas membeli dan menjual sebuah Koenigsegg Agera RS. 

Manny Khoshbin memang terkenal dalam kalangan pengumpul supercar dan pengikut Instagram kerana sering memuat naik foto kereta mewah. 

Koshbin menjadi pembeli terakhir kereta paling laju di dunia itu selepas menempahnya daripada pengeluar kereta dari Sweden tersebut. Koenigsegg hanya menghasilkan 25 unit Agera RS dan semua unit dapat dijual dalam tempoh yang singkat. 

Malangnya, Agera RS itulah yang musnah dalam satu kemalangan ketika dipandu uji di Sweden pada tahun 2017. Koenigsegg kemudian pantas menggantikan kereta Koshbin yang dipanggilnya Agera RS Phoenix kerana ia seolah-olah model yang bangkit daripada abu. 

Untuk menjadikannya lebih istimewa, Koshbin menambah wing belakang yang berharga AS$300,000 (RM1.3 juta) dan kemasan emas 24 karat. Tidak cukup dengan itu, paip ekzos juga disadur emas yang membuatkan harga kereta itu melonjak kepada AS$2.2 juta  (RM2.9 juta). 

Kereta itu diterimanya setahun lalu dan lima bulan kemudian Koshbin menjualnya. “Saya tidak terfikir pun untuk menjualnya. Sejujurnya saya beli untuk simpan. Tetapi saya dapat tawaran yang sukar ditolak,” kata Koshbin. 

Seorang rakan memperkenalkannya dengan pembeli yang juga memiliki sebuah Koenigsegg berwarna emas dan karbon. Selepas seminggu berunding, ia dijual pada harga AS$4.1 juta (RM17.2 juta). 

Jika dibuat pengiraan mudah, Koshbin yang hanya memegang kereta itu selama lima bulan sudah menjana keuntungan sebanyak AS$1.9 juta (RM7.95 juta). Dia mengakui tidak pernah membuat untung sebanyak itu dalam masa begitu singkat. 

Sebagai gantinya, Koshbin kemudian membeli pula sebuah Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse Rembrandt. Buat masa sekarang, dia sudah pun memiliki sebuah Pagani Huayra edisi Hermes, Bugatti Mansory Linea Vincero dan McLaren P1 kemasan karbon. 

Mazda CX30

Dtanya apakah yang tidak akan dijualnnya, Koshbin menjawab: “Satu-satunya yang saya tidak akan jual ialah isteri dan anak-anak saya.”

Tags
Google ads
Back to top button