Artikel PilihanBuletin

SUPERCAR MANA YANG PALING BANYAK DI “GOOGLE”?

Enjin carian moden sebenarnya menjadi salah satu cara pemasaran yang dipelajari oleh banyak syarikat dan juga mereka yang terlibat langsung dalam perniagaan. Setiap katakunci yang digunakan mempunyai nilai tersendiri dan sebahagian mereka sanggup membida pada harga tinggin untuk mendapat capaian tertinggi di enjin-enjin carian popular – khususnya google.

Dan adsense dan adwords merupakan punca pendapatan terbesar google jika anda masih tertanya-tanya bagaimana syarikat ini boleh menjadi antara yang terkaya di dunia.

Dalam pemasaran kenderaan, jenama apakah yang paling kerap dicari oleh pelayar laman web?

Menurut Veygo, yang menyusun senarai pola pencarian kereta-kereta supercar sejak 10 tahun lepas mendapati carian paling popular dari 95 negara (dari 169 negara yang dikaji) ialah…

AUDI R8

Ya. Audi R8!. Ia “menewaskan” senarai carian Bugatti dan Lamborghini.

R8 menyumbang kepada 939,870 kata carian dan di tempat kedua ialah Bugatti Chiron menerusi 701,140 carian. Di tangga ketiga ialah Lamborghini Aventador (562,770), Bugatti Veyron (443,410), Lamborghini Huracan (384,270), Lamborghini Veneno (371,570), Mc Laren 675LT(368,810), Ford GT (313,380) dan Ferrari 458 (256,590).

Senarainya boleh dilihat seterusnya menerusi 46 lagi hasil carian di sini. Menariknya, kereta seperti Nissan 370Z dan Toyota GT86 juga berada dalam senarai, ya. kereta ni bukan sportcar pun.

Kebanyakan senarai popular ini adalah kereta dari Kumpulan Volkswagen, kecuali senarai 10 teratas yang terdiri dari 675LT, Ford GT atau Ferrari 458.

Google ads
Back to top button