Buletin

SUZUKI CATAT UNTUNG DI SEBALIK COVID-19. UMUM DIVIDEN LEBIH TINGGI, SAHAM MELONJAK 9%

Suzuki Motors mencatat keuntungan operasi paling rendah dalam tempoh empat tahun berikutan penularan wabak COVD-19. Namun ia merekodkan perolehan yang lebih tinggi daripada jangkaan, sekali gus membolehkan Suzuki menaikkan divenden dan sahamnya melonjak naik. 

Suzuki mencatat keuntungan sebanyak 215.1 bilion yen (RM8.67 bilion) sepanjang tahun sehingga Mac lalu, turun 34 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Ini merupakan keuntungan terendah sejak Mac 2016. 

Suzuki yang merupakan pengeluar kenderaan keempat terbesar di Jepun bagaimanapun enggan mendedahkan jangkaan perolehkan untuk tahun kewangan kali ini. Ia berikutan impak jangka panjang pandemik COVID-19 ke atas operasi dan jualan kenderaannya. 

Pengeluar kenderaan itu juga mengumumkan dividen akhir tahun sebanyak 48 yen bagi setiap saham, naik daripada 37 yen tahun lalu. Ia merangkumi dividen khas bagi mengingati penubuhan syarikat yang sudah mencapai usia 100 tahun. 

Pada Selasa, saham Suzuki naik sebanyak 9 peratus. Sebanyak 2.85 juta kenderaan berjaya dijual sehingga Mac, turun 14 peratus berbanding setahun lalu. 

Di India, sebanyak 1.44 juta kereta Suzuki berjaya dijual, jatuh 18 peratus berbanding tahun lal. India mewakili lebih 50 peratus jualan Suzuki di peringkat global. 

Mulai minggu ini, Suzuki sudah memulakan semula operasi di hampir semua kilangnya di Jepun. Rakan perniagaannya, Maruti di India juga kembali beroperasi. – Reuters 

Google ads
Back to top button