Buletin

SUZUKI HAYABUSA 25TH ANNIVERSARY EDITION TIBA DI MALAYSIA – 187HP, HARGA BERMULA RM115K

Suzuki Malaysia Sdn. Bhd. hari ini memperkenalkan Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition untuk pasaran tempatan.

Tampil dengan reka bentuk inovatif, jentera ini hadir bersama pilihan warna seperti Glass Blaze Orange & Glass Sparkle Black serta dipadankan dengan liveri grafik abjad V berwarna merah.

Selain nama Hayabusa tertera pada mufler dan juga rantai, ia dikemaskan lagi melalui lencana ulang tahun ke-25 serta logo Suzuki 3D di tangki minyak.

Perincian lain termasuklah dilengkapi Suspensi fork terbalik dengan penyerap hentak tunggal belakang, cakera brek berkembar dengan kaliper Brembo Stylema 4-piston di bahagian depan, cakera tunggal kaliper Nissin piston tunggal di belakang.

Selain itu, turut disertakan iala sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran serta diserlahkan dengan rim aloi bersaiz 17-inci.

Jentera ini turut dilengkapi Sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) yang menawarkan beberapa ciri bantuan tunggangan seperti Penyelarasan kuasa, Kawalan Jelajah, Teknologi Quick Shift, Kawalan Cengkaman Termaju, Sistem ABS Motion Track dan Sistem Brek Kombi.

Beralih kepada kuasa, ia dipacu oleh enjin 4-lejang 4-silinder sebaris 1,340cc DOHC dengan sejukan cecair dan suntikan bahan api, berupaya menghamburkan kuasa 187hp dan tork 150Nm.

Nadi berkenaan dipadankan dengan kotak gear manual 6-kelajuan.

Untuk harga pula, Suzuki Hayabusa 25th Anniversary Edition diberi tanda harga bermula RM115,900, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Google ads
Back to top button