Buletin

HONDA, KAWASAKI, SUZUKI DAN YAMAHA BENTUK HYSE – BINA ENJIN BERKUASA HIDROGEN

Baru-baru ini, jenama pengeluar roda dua, Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha mengumumkan pembentukan HySE, yang bermaksud ‘Hydrogen Small Mobility and Engine Technology.

Pembentukan tersebut adalah bertujuan penyelidikan sebelum membangunkan enjin motosikal berkuasa hidrogen sekali gus dapat mengurangkan pelepasan karbon.

Selain ‘The Big Four’, Kawasaki Heavy Industries Limited (KHI) dan Toyota Motor Corporation juga akan menyertai HySE sebagai ahli istimewa kerana kedua-dua syarikat itu telah memajukan penyelidikan mengenai hidrogen.

Mengikut rancangan semasa, HySE bakal diketuai oleh Honda untuk menyelidik pembangunan berasaskan model enjin berkuasa hidrogen sementara Suzuki pula menjalankan kajian elemen tentang kefungsian, prestasi serta kebolehpercayaan enjin berkenaan.

Manakala bagi Yamaha dan Kawasaki Motors, kedua-duanya menjalankan tugas sebagai penyelidik secara langsung bagi menilai fungsi, prestasi enjin berkuasa hidrogen dalam dunia sebenar.

Selain itu, Yamaha juga mengkaji keperluan untuk membangunkan sistem mengisi minyak hidrogen, serta tangki hidrogen untuk mobiliti kecil, motosikal dan kenderaan lain.

Akhir sekali, Kawasaki Motors turut memainkan peranan dalam mengkaji peralatan tambahan untuk sistem bekalan bahan api dan tangki yang diperlukan untuk pengagihan hidrogen.

Ini adalah usaha memakan waktu begitu lama pastinya, kerana selain penyelidikan, faktor pelaburan bagi membangunkan enjin berkuasa hidrogen mungkin menjadi sangat mahal apabila berjaya dihasilkan kelak.

Google ads
Back to top button