
TERKINI: SUZUKI GSX-8T, GSX-8TT MASUK MALAYSIA TAHUN DEPAN
Baru-baru ini Suzuki telah pun mengumumkan dua model baharu untuk pasaran global menerusi Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT yang merupakan motosikal berkonsepkan roadster retro.

Pengumuman terbaru oleh kilang Hamamatsu itu menggembirakan ramai pihak terutamanya peminat motosikal retro Suzuki yang pernah wujud pada era 70an dan 80an.
Berdasarkan perkembangan terbaru, kami difahamkan kedua-dua model baharu itu sah akan memasuki pasaran Malaysia. Menurut sumber, GSX-8T dan GSX-8TT ini akan dipasarkan di Malaysia tahun depan.

Perkara itu bukanlah satu kejutan kerana Suzuki Malaysia tidak selektif dalam tawaran model di Malaysia. Tahun ini, pasaran tempatan terlebih dahulu akan disajikan dengan ketibaan DR-Z400 terlebih dahulu.
Atas kertas, 8T dan 8TT digerakkan enjin parallel-twin 776cc dengan 270-degree crank yang berupaya menjana 82hp dan 78Nm.

Meskipun bergaya retro, kedua-dua model ini dilengkapi dengan elektronik moden termasuk traction control, power mode, quickshifter dan skrin TFT berwarna.







