Buletin

SMART MALAYSIA BINA TIGA PENGECASAN BAHARU DI GLENMARIE, PULAU PINANG DAN ALOR SETAR

smart Malaysia terus melangkah dengan misi penyediaan tawaran pengecasan kenderaan elektrik apabila melancarkan tiga lagi stesen pengecasan pantas di pusat pengedaran smart Malaysia yang terpilih dan strategik di seluruh negara.

Tiga pengecasan baharu itu dibina di smart Glenmarie, smart Pulau Pinang serta smart Alor Setar.

Penyediaan stesen pengecasan DC berkuasa tinggi di pusat-pusat smart Malaysia di seluruh negara memaparkan kesungguhan smart Malaysia dalam menyediakan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik.

Menurutnya, smart Glenmarie (EON Berhad) dan smart Ipoh (GB Auto) kini dilengkapi dengan stesen pengecasan arus terus (DC) 60kW, sementara smart Penang (Eleganz Lifestyle) mempunyai stesen pengecasan DC dengan keupayaan pengecasan DC 120kW.

smart Alor Setar (Lee Motors) pula akan memperkenalkan stesen pengecasan DC 50kW, merevolusikan pengalaman pemilikan kenderaan elektrik smart Malaysia di kawasan tersebut.

Selain itu, smart Setia Alam (Wheelcorp EV), smart Johor Bahru (Motor Future), dan smart Melaka (Sigma Energy EV) juga bakal menyediakan stesen pengecasan DC baharu dengan kapasiti 60kW hingga 120kW menjelang akhir tahun ini.

Maklumat lokasi stesen pengecasan termasuk status keberadaan ruang pengecasan yang dikemaskini secara langsung, boleh diakses dengan mudah melalui aplikasi Hello smart.

Perkembangan berkaitan, smart Malaysia mengajak pelanggan sedia ada atau yang berminat terhadap jenama ini untuk menyertai pameran ‘Catch Me If You Can’ oleh smart Dealer.

501 pelanggan pertama membuat pra-tempahan smart #1 bakal menikmati faedah ‘Early-Bird’ smart #1, termasuk kredit pengecasan bernilai RM1,001 melalui Aplikasi Hello smart.

Untuk maklumat lanjut smart #1, sila layari https://my.smart.com/#/ atau daftar menerusi https://my.smart.com/#/reserveMySeat.

Google ads
Back to top button