Motosikal

SUZUKI V-STROM SX 250 MENDARAT DI INDIA. HARGA BERMULA RM11,700

Suzuki Motorcycle India mendedahkan jentera terbaharu V-Strom SX 250 di pasaran negara terbabit.

Jentera terbaharu itu ditawarkan pada harga kompetitif bermula Rs. 2.11 lakh (RM11,732).

V-Strom SX 250 berkenaan mendapat sentuhan warna pilihan iaitu seperti hitam (Sparkle Black), jingga (Pearl Blaze Orange) dan kuning (Champion Yellow No.2).

Motosikal yang dibangunkan menggunakan konsep rekaan “Toughness in a Slender Shell” mendapat sentuhan inspirasi rekaan daripada jentera legend DR-Z dan DR-Big.

Bahkan, Suzuki V-Strom SX memiliki banyak persamaan dengan model Gixxer 250 dan Gixxer SF250.

Jentera sport adventure itu hadir dengan kluster lampu utama LED berbentuk octagon mirip model Gixxer 250.

Selain itu, motosikal dengan berat 167 kg tersebut dilengkapi lampu belakang LED, windscreen tinggi, pelindung buku jari, ruang simpanan, hendal bar boleh laras dan rim aloi berwarna hitam.

Suzuki V-Strom SX mendapat khidmat enjin empat lejang silinder tunggal dengan sistem penyejukan bahan api.

Enjin SOHC 249 cc dipadankan transmisi enam kelajuan itu mampu menjana kuasa maksimum 26.5 PS @ 9300 rpm dan tork puncak 22.2 Nm @ 7300 rpm.

Ciri-ciri menarik lain termasuk roda hadapan berukuran 19 inci manakala roda belakang 17 inci, didatangkan kluster paparan digital, sistem dual ABS, port ekzos berkembar, fork teleskopik pada bahagian hadapan dan suspense mono-shock di belakang.

Ia turut dilengkapi Suzuki Easy Start System, Suzuki Ride Connect, paparan WhatsApp dan SMS serta port USB.

V-Strom SX terbaharu itu dikatakan mampu memberi saingan kepada Royal Enfield Himalayan, KTM 250 Adventure, Yezdi Adventure dan Hero Xpulse 200. – gaadiwaadi/iwanbanaran

Google ads
Back to top button