Motosikal

SUZUKI GSX-R150 KINI DENGAN WARNA BAHARU – RM13,888

Suzuki Malaysia mengumumkan pilihan warna baharu bagi Suzuki GSX-R150 yang kini hadir dengan warna Titan Black dan Pearl Brilliant White. 

Menurut Suzuki Malaysia, GSX-R150 dengan dua pilihan warna baharu ini sudah tiba di pengedar dan boleh dimiliki dengan harga jualan RM13,888. Difahamkan, warna Pearl Brilliant White sudah pun tersedia lebih awal pada awal tahun ini. 

Meskipun begitu, spesifikasi dan kelengkapan masih lagi sama dengan motosikal sportsbike 150cc masih lagi dipacu enjin satu silinder 147cc DOHC dengan transmisi manual 6-kelajuan yang mampu menjana 19hp pada 9,000rpm dan 14Nm pada 10,500rpm. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk sistem tanpa kunci (keyless), meter digital, serta pencahayaan LED depan dan belakang. 

Pakej suspensi kekal dengan fork teleskopik depan dan penyerap hentak tunggal belakang. Tangki bahan api juga berkapasiti 11L. 

GALERI: SUZUKI GSX-R150 2025

Google ads
Back to top button