SUZUKI SETUJU SAMBUNG TAJA KELAB MK DONS UNTUK TIGA TAHUN LAGI
Kisah penajaan pengeluar kereta terhadap jersi kelab bolasepak bukanlah asing. Kelab terkemuka planet, Manchester United misalannya masih lagi bersama jenama Chevrolet, menghiasa dada jersi dan memaparkan jenama Chevrolet sehingga ke jutaan tontonan setiap kali beraksi.
BACA : KISAH PENAJAAN PENGELUAR KENDERAAN DAN KELAB BOLASEPAK
BACA : CERITA PIALA DUNIA, HYUNDAI DAN KIA
Barangkali ramai yang tidak mengenali kelab MK Dons. Iya, Brader Karrager pun sejujurnya tidak mengenali kelab yang musim ini bermain dalam League Two. Dengar ada Two ini, barangkali ada yang beranggapan ianya adalah kelab yang beraksi dalam saingan liga kelas kedua. Tapi League Two ini sebetulnya adalah merupakan liga keempat dalam piramid liga bolasepak Inggeris.
Barangkali ada yang skeptikal, apakah jadahnya Suzuki nak taja kelab yang main liga bawahan ini? Macam kan dah tak ada lagi kelab yang power untuk Suzuki taja, kan? Tapi percayalah, jumlah penonton yang hadir bagi menyaksikan perlawanan masih lagi konsisten sekitar 30,000 orang.
Dan dengan itu, Suzuki GB PLC tidak ragu-ragu lagi untuk menyambung kontrak penajaan utama jersi kelab MK Dons ini walaupun kontrak awal masih lagi berbaki satu musim lagi. Kontrak penajaan Suzuki ini sepatutnya berakhir pada musim 2020/21.
Keputusan Suzuki untuk untuk menyambung kontrak ini setelah menyaksikan aksi yang memberangsangkan pasukan ini dalam awal musim dalam saingan League Two. Sebenarnya MK Dons ini baru sahaja terjerumus ke League Two ini setelah menduduki tempat ke 23 daripada 24 pasukan yang bertanding. Dan sudah semestinya Suzuki mengharapkan agar MK Dons mampu kembali beraksi ke League One setidaknya pada saingan musim hadapan.
Menurut Pengarah Urusan Suzuki GB, Nobuo Suyama walaupun saingan atas padang cukup mencabar, namun hubungan penajaan yang lama terjalin ini terbukti memberikan situasi menang-menang kepada kedua pihak. Menariknya, Suzuki turut menawarkan diskaun melalui Motability Scheme, khusus untuk golongan istimewa di sana.
Selaku penaja utama, Suzuki akan diberikan hak memaparkan logo S mereka menerusi jersi utama, jersi kedua serta jersi ketiga. Manakala jenama Suzuki ini juga boleh dilihat pada tepi padang, majalah, pengiklanan di acara promosi, serta latar belakang sewaktu sesi temubual bersama media. Cukup luas liputan yang diberikan sebenarnya walaupun hanya liga keempat sahaja levelnya.