TAJ IZRIN AIMAN TAJ JUARA GR GT CUP MALAYSIA 2024 BUAT KALI KEEMPAT
Taj lzrin Aiman Taj Madira mencipta kejutan apabila bangkit dari kedudukan terakhir dalam perlumbaan 30 minit untuk memenangi gelaran GR GT Cup Malaysia buat kali keempat.
Pelumba berusia 26 tahun ini mengukuhkan statusnya sebagai pelumba simulator paling berjaya dalam siri GR GT Cup Malaysia apabila mengumpul 59 mata dalam tiga perlumbaan Grand Final, mengatasi Chong Kai Chang dengan 7 mata dan Juara 2022 Muhammad Iqbal Suji yang memperoleh 50 mata untuk tempat ketiga.
Ketiga-tiga pelumba ini, termasuk naib juara tahun lepas Dhanesh Wigneswaran, bersaing sengit untuk memenangi hadiah utama RM25,000.
Akhirnya, faktor penentu ialah konsistensi, ketekunan, keberanian, dan sedikit nasib dalam perlumbaan terakhir.
Grand Final yang diadakan di Kampus Universiti Sunway menawarkan jumlah hadiah RM120,500, menjadikan GR GT Cup Malaysia siri perlumbaan simulator paling lumayan di negara ini.
Chong, yang berusia 30 tahun, memperbaiki kedudukannya tahun lepas dengan memenangi RM15,000, selepas menduduki tempat keempat dalam perlumbaan pertama, memenangi perlumbaan kedua, dan tempat ketiga dalam perlumbaan akhir.
Sementara, Muhammad Iqbal, yang merupakan juara 2022, memenangi RM12,000.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, tiga pemandu teratas juga layak mewakili Malaysia dalam GR GT Cup Asia untuk peluang bertanding di World Finals.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K., menyatakan kegembiraannya melihat persaingan yang semakin sengit setiap tahun dan pencapaian Toyota dalam menyumbang kepada sukan permotoran Malaysia.
Sepuluh pelumba terbaik bertarung di Grand Final selepas mengatasi lebih 1,000 peserta dalam kelayakan yang bermula pada bulan Jun.
Musim ke-7 juga menyaksikan GR GT Cup Malaysia Campus Tour kembali ke lapan universiti di Semenanjung Malaysia, menarik 2,223 peserta.
Acara berkenaan turut disertai ialah Ethen Low yang berusia 14 tahun dari St Michael’s Institution dan berjaya menduduki tempat kedua dalam exhibition race.
Maklumat lanjut mengenai GR GT Cup Malaysia didapati di laman web UMW Toyota Motor (Malaysia) Sdn Bhd di www.toyota.com.my/gtcupmalaysia.
- BACA: GEELY GALAXY E5 DILANCARKAN DI CHINA – DILENGKAPI FLYME AUTO OLEH MEIZU, JARAK GERAK 530KM, HARGA RM69K
- BACA: WRC 2024 – SEBASTIAN OGIER MUNCUL SEBAGAI PEMENANG DI SECTO RALLY FINLAND SECARA TIBA – TIBA
- BACA: QJMOTOR SRF15 MERIAHKAN SEGMEN ‘MINI-MOTO – RM8,888
- BACA: KEMPEN ‘AUSTRALIA OPEN 2025 WITH KIA’ BERLANGSUNG 1 OGOS – 30 NOVEMBER 2024 – PELUANG MENYAKSIKAN AUSTRALIA OPEN 2025 DI KIA ARENA