KEMPEN ‘AUSTRALIA OPEN 2025 WITH KIA’ BERLANGSUNG 1 OGOS – 30 NOVEMBER 2024 – PELUANG MENYAKSIKAN AUSTRALIA OPEN 2025 DI KIA ARENA
Dinamikjaya Motors Sdn Bhd mengumumkan kempen “Australia Open 2025 with Kia,” yang akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 30 November 2024.
Tiga pemilik bertuah Kia berpeluang memenangi sepasang tiket perjalanan yang ditanggung sepenuhnya untuk menyaksikan Australia Open 2025 di Kia Arena, Melbourne, Australia pada Januari 2025.
Sebagai rakan kongsi utama Australian Open (AO), Kia telah memainkan peranan penting sejak tahun 2002 dalam menyokong pemain di dalam dan di luar gelanggang sambil mempromosikan perkembangan tenis di seluruh dunia.
Australian Open merupakan salah satu daripada empat kejohanan Grand Slam utama yang diadakan setiap tahun.
Kempen berasaskan peraduan ini terbuka kepada mana-mana model Kia yang didaftarkan sepanjang tempoh kempen, di mana setiap pembelian model Kia seperti model terbaru yang memenangi anugerah, Kia EV9, Kia EV6, Kia Sorento atau Kia Carnival, bakal menikmati ganjaran eksklusif sepanjang tempoh kempen ini.
Untuk menyertai kempen ini, peserta mesti mendaftarkan kenderaan Kia baru mereka di mana-mana outlet Kia yang sah sepanjang tempoh kempen dan melengkapkan borang penyertaan dalam talian.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari www.kia.com/my
- BACA: GOLF FAN FEST 2024 TAMPIL PELBAGAI AKTIVITI MENARIK – BAKAL CIPTA SEJARAH MALAYSIA BOOK OF RECORDS
- BACA: SEPARUH KEUNTUNGAN TESLA PADA SUKU KEDUA 2024 DATANGNYA DARI CUKAI
- BACA: MV AGUSTA UMUM PENGEMBANGAN GLOBAL, SASAR PENGELUARAN 10,000 UNIT SETAHUN
- BACA: TOYOTA: DIRECT AUTOMATIC TRANSMISSION LEBIH BAIK DARI DSG!!!