Motosikal

QJMOTOR SRF15 MERIAHKAN SEGMEN ‘MINI-MOTO – RM8,888

MForce Bike Holdings selaku pengedar rasmi jenama QJMotor di Malaysia telah pun memperkenalkan SRF15 untuk pasaran tempatan dengan harga jualan rasmi RM8,888. 

Motosikal segmen ‘minimoto’ itu merupakan tawaran terbaru untuk pasaran di Malaysia dan menawarkan 13.1hp pada 9,000rpm dan 12Nm pada 7,000rpm yang dihasilkan enjin satu silinder 150cc SOHC. Kuasa enjin pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 5-kelajuan. 

Meskipun bersaiz cilik namun SRF15 hadir dengan kelengkapan moden termasuk lampu LED penuh dengan DRL (daytime running light),  panel meter digital, fork teleskopik USD. QJMotor SRF15 turut dilengkapi dengan tangki bahan api berkapasiti 7.2L, rim 12-inci, cakera brek tunggal 200m depan dan 190mm belakang. 

Dari sudut rekaan, SRF15 mengikut acuan sama seperti motosikal ‘naked’ yang ditawarkan QJMotor termasuk kerangka trellis yang terdedah di bahagian sisi serta lampu depan berbentuk tajam. Atas kertas, SRF15 ini hanyalah 174kg sekaligus sesuai untuk penunggang lelaki dan wanita. 

Selain itu, SRF15 ini turut dilengkapi dengan lampu kecemasan yang boleh diaktifkan di bahagian kanan handlebar dan port pengecas USB. 

GALERI: QJMOTOR SRF15

Google ads
Back to top button