Artikel Pilihan

PEMANDU TESLA TERBUNUH SELEPAS LANGGAR TRAK BOMBA – MALANG TIDAK BERBAU

Kemalangan terbaru melibatkan Tesla berlaku di Walnut Creek, California dengan sebuah trak bomba yang sedang bertugas di satu lokasi kemalangan. Ia menyebabkan pemandunya terbunuh serta merta dan seorang penumpang berada dalam keadaan kritikal.

Pemandu Tesla mungkin tidak menyedari kehadiran trak bomba di atas lebuh raya yang sedang melindungi petugas bomba yang sedang membersihkan satu lokasi kemalangan sebelumnya. Punyalah besar trak bomba tu. Tapi dah takdir kan.

4 ahli berada di dalam trak tersebut semasa kejadian dan kesemuanya mengalami kecederaan ringan. Nasib tidak menyebelahi pemandu Tesla tersebut dan keretanya terpaksa dipotong untuk mengeluarkan mangsa.

Gambar tempat kejadian menunjukkan kereta tersebut remuk selepas menghentam sisi trak bomba yang bernilai USD1.4 juta (RM6.2 juta!).

Masih belum dapat dipastikan sama ada pemandunya memandu dalam keadaan mabuk ataupun jika Model S tersebut sedang menggunakan sistem bantuan pemanduan.

Pentadbiran National Highwat Traffic Safety Amerika Syarikat sedang menyiasat bagaimana sistem Autopilot Tesla bereaksi terhadap kenderaan bantuan kecemasan yang berada di lebuh raya. Ini kerana terdapat 14 laporan kemalangan yang melibatkan model Tesla dengan kenderaan bantuan kecemasan sewaktu menggunakan sistem terbabit.

Laporan turut menyebut yang semasa kejadian trak bomba terbabit memang menyalakan lampu amaran dan diletakkan dalam posisi untuk melindungi anggota bomba yang sedang bertugas.

Kemalangan maut tersebut berlaku pada jam 4.00 pagi dan trak bomba tersebut terpaksa ditunda kerana mengalami kerosakan selepas dihentam Tesla Model S terbabit. Kuat betul impaknya tu.

Google ads
Back to top button